Religious Myspace Comments
MyNiceProfile.com **DikalaKu Mengharapkan Redha Dan CintaMu** +~ HANYA SATU KALIMAH SATU FIKRAH SATU ARAH SATU CINTA SATU KEHIDUPAN ~+ Hello Kitty With Pet Lion

Tuesday, December 20, 2011

~Kembali semula kepada Allah~

Assalaimualaikum..Apa khabar iman antum hari ini?


Sudah lama ana tidak update blog ini..Terlalu sibuk dengan pelajaran dan kerja yang ada..Alhmdulilah hari ini diberi kesempatan untuk menulis...dan berkongsi serba sedikit ilmu yang ada dalam diri ana ini..


Hidup sebagai seorang mahasiswi bukan perkara senang yang selama ini ana impinkan..Banyak tanggungjawab yang perlu kita galas..Kadang-kadang kita alpa dan lupa menunaikan janji kita kepada Allah..kadang-kadang kita tidak sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan selama ini..Kita lupa segala-galanya sehingga ujian datang melanda diri kita..Dari situ kita mula sedar kesilapan yang telah kita lakukan..


Ujian yang melanda diri kita mengajar kita untuk kembali semula kepada Allah..Menunaikan janji-janji yang pernah kita mungkiri dahulu..Ujian yang melanda bukan mengajar kita untuk lemah tapi Allah masih menyayangi kita lagi..Allah menyedarkan kita semula kepada fitrah kita yang telah lama kita tinggal selama ini..kita lupa Allah saat kita senang..tapi Allah tidak pernah lupakan kita..


Apabila kita dalam kesedihan kita selalu meluahkannya kepada manusia..Apabila kita susah kita selalu minta pertolongan manusia..Kenapa kita tidak terfikir untuk meluahkan kepada Allah..Allah itu Maha mendengar..Allah merindu rintihan hambaNya..Kembalilah kepada Allah kelak kita akan mendapat rahmatNya..Apabila kita sedih kita luah kepadaNya..Apabila kita susah mintalah pertolonganNya..InsyaAllah,Allah akan memudahkan perjalanan kehidupan kita


Apabila kita dalam kegelisahan Allah akan menenangkan hati kita..Mengadulah kepada Allah...segala pekerjaan yang kita lakukan biarlah berpandukan Allah..biarlah niat kerana Allah..Walaupun susah pekerjaan itu Allah akan menyenangkannya..Begitu juga dengan belajar...Niat kerana Allah..InsyaAllah,Allah akan memudahkan kita dalam menuntut ilmu...Allah adalah segala-galanya..Pulang semula kepada Allah..Mengadulah kepada Allah tetap masalah kita..sediakan masa untuk kita bersendiri dengan Allah..Janganlah sesekali kita ragu dengan Allah..Jadikan Allah sebagai matlamat hidup kita..Mencapai keredhaNya dalam setiap perkara yang telah kita lakukan..dan yakinlah sepenuh hati terhadap Allah..



Monday, November 7, 2011

~Untuk Bakal Teman HidupKu~


Untuk bakal teman hidupku, bacalah...
Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.
Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.
Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.
Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.
Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.
~ILUVISLAM~

Thursday, November 3, 2011

~Duhai Muslimah~

Duhai muslimah,
Jika kau inginkan bibir yang menawan,Ucapkanlah kata-kata penuh hikmah diiringi kesantunan,Kelu bicaramu dari umpatan dan benih permusuhan,Sunyi lidahmu dari perkara yang melalaikan dan merosakkan,Basah lidahmu dalam mengalun kalimah Allah.
Duhai muslimah, Jika kau inginkan sepasang mata yang indah,Basahilah ia dengan titisan mengharap redha Tuhanmu,Peliharalah pandanganmu,Dari liar melihat insan yang tidak halal buatmu,Bukakanlah ia demi ilmu dan keredhaannya,
Duhai muslimah, Jika kau inginkan jasad yang baik,Berkongsilah makanan dengan orang yang lapar dahaga,Gerakkanlah ia untuk menyembah bersujud pada Allah.,Bertanggungjawab demi mengharap redha Yang Maha Kuasa,Berjalanlah dirimu dengan ilmu penuh didada tanpa rasa bangga,Dan Tutupi ia dengan pakaian yang bertepatan dengan agama,
Jika kau inginkan tangan yangdiberkati, Syukurilah setiap nikmat yang diberi, Hulurkanlah pertolongen penuh keikhlasan, Agar diri berbekal amalan, Untuk menuju hidup yang berkekalan,
Duhai muslimah solehah, Sesungguhnya,Kecantikan wanita itu ,Bukan pada pakaian yang dikenakan,Bukan juga pada lenggok tubuh yang sengaja dipamerkan,Bukan juga pada solekan yang mengharap perhatian,Tetapi ianya terletak pada kejernihan wajah dan hatinya,Pada kebijaksanaan dan kecerdasan fikirannya,Kecantikan wanita itu bukan pada rupa parasnya,Tetapi pada cahaya dan keikhlasan yang tergambar darinya,
Kehalusan dan ketulusan yang terpancar dari jiwanya,Taqwa dan iman yang menjadi pakaiannya,Syahadah yang menjadi perhiasannya,Kelembutan dan pendirian yang menjadi perisainya,Membentenginya,Dari godaan nafsu dunia,Kerana dia wanita tulus,Yang mengharap cinta dan kasih dari Tuhannya,Dan hanya insan ‘khair’ yang bijaksana,Celik minda juga hatinya,Mampu menilai dan mentafsirkan,Permata dicelahan kaca yang berkilauan..

Indahnya hnya s'orang wanita itu jika dia sentiasa memelihara dirinya,Ya Allah kurniakanlah daku sifat2 serikandi yg terpuji seperti Aisyah, Rabiatul adawiyah, Asiah yg sentiasa bermujahadah menjalankan ketaatannya sebagai seorang hamba..perbaiki diri dari hari ke hari, penuhkan ilmu di dada kerna ajal dan maut sentiasa menghampiri kita setiap hari cuma sedar atau tidak sedar sahaja..Semoga kita semua dapat menjadi muslimah sejati yang memelihara maruahnya dan agamanya..amin..

~Dipetik dari sebuah blog sahabat ana,ana hanya sekadar berkongsi~

Thursday, October 27, 2011

Wajah Suci- MESTICA



Marilah kita menghayati sebuah lagu yang amat menyentuh dan menyayatkan hati..Anak yang kecil itu tidak berdosa..Bukan si anak untuk meminta dilahirkan secara begini..Diatas kesilapan ibu dan ayahnya,si anak terpaksa menanggungnya..Kasihani si kecil ini..Dia tidak tahu apa-apa lagi dan masih kecil..Si kecil ini tidak berdosa jangan menghukumnya

Sunday, October 23, 2011

~Salah ke untuk berubah~


Ya Allah,salah ke untuk ana berubah..Kenapa perubahan yang ana lakukan selama ini ramai yang tidak menyukainya..Apalah salah ana kepada mereka?

KIta seharusnya berasa seronok sangat jika orang di sekeliling kita berubah ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya..Hendak berubah jadi baik pun salah hendak berubah menjadi salah pun salah..Tak faham dengan perangai manusia ini..

Apabila hendak berubah ramai juga yang mengata bila tak berubah pun ramai juga mengata..Perangai manusia memang ada pelbagai ragam..Kadang2 orang  yang rapat dengan kita pun mengata..Astaghfirullah al azim apa nak jadi sekarang ini?

Mungkin orang kadang2 fikir kita berubah disebabkan orang lain..Alhmdulilah kalau macam itu sekurang-kurangnya dia ingin berubah..Kita sebagai orang yang rapat dengan dia,kita patut pimpin mereka supaya mereka beristiqamah dalam melakukan perubahan ini..janganlah mencaci,mengata mereka..Sucikan hati kita daripada bintik kehitam-hitaman..

Manusia pun kadang-kadang pun ada buat salah..ada juga melakukan kesilapan..mana ada manusia yang sermpurna..Marilah kita sama-sama berubah ke arah kebaikan..Mesti indah kalau orang di sekililing kita hidup dalam suasana tarbiyah yang sentiasa mengingtkan kita agar menjaga keperibadian muslim sejati.Bila kita tersesat jalan,ada yang akan memimpin kita ke jalan yang lurus kembali..semoga kita sentiasa Fil amaanillaah(dalam keamanan Allah)

Thursday, June 30, 2011

~Sekadar Renungan~


  1. Jika dalam diri ada rasa malas,maka berazamlah menjadi seorang yang rajin
  2. Jika selama ini mengambil mudah perkara haram,berazamlah mahu meninggalkan yang haram..
  3. Jika terlalu sedikit mkengamalkan yang sunat,berazamlah memperbanyakkan amalan sunat..
  4. Jika mempunyai sikap pemarah,berazamlah menghilangkan sifat marah kerana sifat marah menyebabkan orang lain takut untuk mendekati kita..
  5. Jika cuai dalam tugasan,berazamlah untuk tidak cuai dalam melakukan tugasan..
  6. Jika mempunyai pelbagai alasan bila ada bisikan yang menyuruh bersedekah,turutilah kata hati yang baik..
  7. Jika tidak pandai mengambil hati orang,berubahlah sikap menjadi sebaliknya..Dengan pandai mengambil hati orang di sekeliling kita

~Muhasabah buat Untuk diriku yang sering lupa~

Jauhilah dirimu daripada dosa-dosa kerana ia akan menyebabkan jauhnya dirimu dari Allah

  • Peliharalah mata daripada melihat perkara yang haram
  • Peliharalah telinga daripada mendengar hal yang haram
  • Peliharalah tangan daripada melakukan perkara yang haram
  • Pelihara kaki daripada melakukan perkara yang haram
  • Peliharalah kemaluanmu daripada melakukan perbuatan yang haram
  • Peliharalah lidahmu daripada berkata hal yang ditegah syarak
  • Peliharalah akalmu daripada berkhayal tentang perkara yang haram....



Tuesday, June 28, 2011

Surat untuk calon suamiku

Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk CALON SUAMI  dunia akhiratku!!!

Asssalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..
Duhai calon pemilik tulang rusukku, aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu.
Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Ku kan berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus.

Duhai calon imam dalam sholatku, aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan siap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum..Insya Allah akan menyempurnakan solat kita.Dengan deru do’amu seiring “aamiin” dari lisanku.

Dalam hening malam air mataku ini tak henti ku titiskan bercahayakan munajat doa.
Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku terpuruk dan jatuh.. lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu.

Duhai calon pengusap air mataku, sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad.

Duhai calon ayah dari para mujahi-mujahidah kita, aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanammkan ilmu agama agar mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.

Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga…
Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…

Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri, agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu..
Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa, engkau tepesona pada apa yang kuucap..
Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang engkau miliki, karena aku takut dapat memudaratkan imanku..

Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…
Aku menunggu lisan ijab darimu..
InsyaAllah,sedia menanti di sini..



dicopy sekadar untuk berkongsi

Saturday, June 18, 2011

~Untuk Bakal suamiku~

Jika mahu cintaku.Carilah dahulu cinta Allah.Jika mahu rinduku..Rindulah dahulu Allah dan rasulnya dahulu.Jika mahu sayangku.Sayangilah dahulu agamamu lebih dari diriku.Jika sayang diriku.jauhilah aku sebelum masanya..
Jika ikhlas dengan diriku.jauhkan aku dari zina.terutamanya zina hati.Jika cintamu sejati untuk ku.cintailah aku kerana Allah.Jika pilihanmu aku.pilihlah kerana agamaku.bukan yang lain.Jika setiamu padaku.setialah kerana untuk mendapat redha Allah.Jika kau mahu peliharaku.peliharalah aku dari godaan cinta dunia dan nafsu.Yakinlah Andai Allah tentukn aku milikmu.Aku tetap milikmu.Yakinlah Andai Allah tentukn aku bukan milikmu.Itu yang terbaik untumu.Ketahuilah.Diriku juga mncintaimu..suntinglah diriku.dengan caranya dan pada masanya..

Friday, June 3, 2011

~Dugaan yang Mendatang~


Tujuan untuk menulis ini bukan untuk mengeluh dugaan yang diberi tapi untuk berkongsi sahaja..Aku harus bersyukur dengan ujian yang mendatang walaupun kadang-kadang hampir berputus asa..Tak lama lagi aku akan mendaftar di kolej islam dalam jurusan diploma syariah islamiyyah..Memang memerlukan mental yang kuat..sebab aku tak ada asas bahasa arab..aku kena belajar kuat..

Dan dari situ juga aku mendapat tentangan yang hebat dari rakan-rakanku..Mereka cuba mempersoalkan kebolehan aku..sampai bergaduh..dan lepas dari kejadian itu memang masing-masing menyepi diri..aku ada minta maaf tapi tiada sebarang renspons..harap mereka boleh maafkan aku..salah ke aku nak mendalami ilmu agama?..Asalkan aku minat dan berusaha..dan aku percaya Allah sentiasa disisi aku..

selama sebulan sebelum tarikh aku mendaftar memang banyak dugaan melanda..bagai dihempap batu..nafas disekat...Kadang-kadang aku terfikir juga hendak menarik diri dan berputus asa nasib baik ada orang yang sudi bersama aku lagi..memberi aku kata-kata semangat 
dan dorongan..

"Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim..Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok"

Mungkin ada hikmah disebalik dugaan yang mendatang..kita sebagai hambaNya harus bersyukur diatas dugaan ini kerana Allah masih menyayangi kita lagi sebagai hambaNya..Indah sungguh dugaan yang diberi..Kadangkala Allah akan menghilangkan mentari dari hidup kita kemudian Allah akan datangkan guruh..Puas kita menangis mencari dimana sinar mentari kita..Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..bersabarlah insan ada kemanisan disebalik kepahitan ini..

Pesanan kepada sahabat-sahabat diluar sana dan diri ini,bersabarlah dalam menghadapi dugaan ini..

Wednesday, May 25, 2011

Warkah Untuk Sahabatku..


Assalaimualaikum wahai sahabatku..
Inginku coretkan luahan hatiku ini untuk dirimu..
Sahabat,hadirmu memberi aku seribu makna.
Mengajar aku erti kehidupan,erti persahabatan dan erti kesusahan..Aku bersyukur Allah hadirkan dirimu dalam hidupku..

Sahabat,dirimu tidak pernah berputus asa untuk menasihatiku...
Engkau sanggup korbankan masa untukku,mendengar segala keluh kesalku..Memberi aku semangat bila aku bangkit kembali..Menyedarkan aku semula tika aku dalam kealpaan..Hadirmu mendekatiku ke jalan kebenaran,jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T..Engkau sentiasa bersabar dengan karenahku..Walaupun aku sering menyakiti hatimu engkau masih tersenyum lagi..

Ketika aku menangis dan kesedihan,engkau sentiasa bersamaku..Engkau akan menceriakan kembali semula hidupku ini..mengukir semula senyuman di wajahku..Hatiku tenang bila melihat wajahmu..Ketika aku gembira dan kadang-kadang melupakan dirimu,engkau masih mampu tersenyum..besar sungguh pengorbananmu..

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah mempersia-siakan sahabat yang telah dicarinya"Saidina Ali

sahabat,engkau sering menasihatiku untuk menghargai orang yang sering menyayangi kita..Dan mengajar aku untuk menerima ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah..KIta tak semestinya bersahabat selama-lamanya sebab kita semua adalah milik Allah..BIla masa Allah akan menariknya..Jadi hargai sahabat kita selagi sahabat kita masih ada..sahabat,aku akan hargai dirimu hingga ajal memisahkan kita..Dan jika aku ada salah maafkan aku sahabat..
Sahabat,inginku katakan engkau memang sahabat terbaikku..Aku bersyukur Allah hadirkan engkau sebagai sahabatku..membimbing aku ke jalan benar,Hadirmu ibarat cahaya yang menerangi hidupku..Terima kasih sahabat..Terima kasih Ya Allah..semoga persahabatan kami akan berkekalan hingga akhir hayat..Dan terima kasih juga kepada kawanku yang telah menitiskan air mataku..Tanpa kawan, aku takkan berjumpa dengan sahabat..


Monday, May 23, 2011

~Cintaku Hanya Untuk Suamiku~

Dulu aku pernah sukakan seseorang..Kalau boleh aku ingin hidup semati dengan dia..Berkasih sayang dengan dia..Memang aku sayang sangat dia..Cinta pertama katakan..Tapi itu dulu..Kini baru aku sedar yang aku tidak boleh sewenang-wenang memberi cintaku kepada orang yang tiada ikatan pernikahan denganku..Aku harus simpan cinta ini hanya untuk kekasih halalku yang diredhai oleh ALLAh iaitu suamiku.Banyak pengajaran yang aku ambil apabila mendengar kisah kawan-kawanku.Tiada apapun yang indah sewaktu bercinta..Yang aku tahu buang masa,buang duit,dan menambahkan banyak berdosa .Masa belajar  terbuang untuk main mesej dengan dia,bergayut sahaja.Alhmdulilah dengan kehadiran seseorang sahabatku ini berjaya menyedarkan aku.Dia selalu membimbing aku..dan beli aku sebuah buku yang bertajuk "Pemilik cintaku"ditulis oleh Fatimah Syarha.Buku itu telah menyedarkan aku..Jauh sungguh aku terpesong..

Di dalam surah An-Nur ayat 26 Allah s.wt berfirman maksudnya:
"wanita-wanita yang  keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji,dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik,Dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik"
Ayat ini banyak menyedarkan aku..JIka aku ingin lelaki yang baik aku kena berubah menjadi wanita yang baik..Kita harus percaya dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk hambaNYa..Dia takkan mengecewakan hambaNya itu..Kita haruslah berdoa kepadaNya dan bertawakal kepada Allah sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya..

Aku banyak bertanya pada orang yang lebih arif..Pernah juga kawan aku tanya kenapa couple itu haram?Aku tak tahu nak jawab apa-apa..Demi menjawab persoalan ini aku bawa kawanku ini berjumpa dengan ustazah dan ustaz..Couple itu haram sebab boleh mendatangkan perzinaan kepada kita..Zina ini terbahagi kepada beberapa bahagiaan iautu zina hati,zina mata,zina lidah dan zina kemaluan..
Daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi Muhammad S.A.W  bersabda:
"sesungguhnya  Allah Taa'la anak adam mengenai zina .Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang.Zina lidah ialah berkata.Zina hati ialah keinginan  dan syawat,sedangkan faraj(kemaluan)hanya menuruti atau tidak diikuti".

Bercinta selepas nikah lebih indah dari bercinta sebelum menikah bagi mengelakkan kita dari dosa zina..Kedua-dua pihak boleh bersua kenal dengan lebih rapat tanpa sebarang halangan pun..Ustazah kata kita sebagai orang perempuan haruslah menjaga hijab kita..Berikan cinta kita hanya untuk suami kita sahaja..Jangan biar cinta itu dinodai dosa...Jangan kerana cinta,maruah kita tergadai..Bayi-bayi akibat dari perbuatan mereka yang masih belum ada ikatan sah dibuang disana-sini..Dan yang paling menyayat hati bila bayi tersebut digigit anjing..Begitu sayu..Kenapa anak kecil itu terpaksa menanggung perbuatan dari ibubapa mereka...Mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa lagi..

Aku akan sentiasa mengingati nasihat dari ustazah dan ustaz aku..Berkahwin dapat mengelak diri kita dari terjebak perzinaan..Untuk kaum hawa,jangan mudah memberi cinta kepada kaum adam yang belum menjadi suami kita..Biarlah kita jual mahal asalkan tidak mengadaikan maruah kita..Ingatlah "cinta kita hanya untuk suami kita sahaja"Selagi mereka tidak menjadi suami kita jangan memberi cinta itu sewenang-wenangnya...

sampai disini sahaja yang mampu saya kongsikan..Jika ada salah dan silap harap dimaafi..Saya masih belajar memperbaiki kelemahan diri..sekian..
\

~Tiba Masanya untuk Berubah~


Hidup ini sentiasa ada perubahan baik dari segi rohani dan fizikal..Tidak semestinya kita kena kekal begitu sahaja..Hidup ini perlu ada warna warni dan buka hanya satu warna sahaja..
Ya Allah,hambaMu ini banyak berbuat dosa sepanjang perjalanan kehidupannya dalam mencari kebenaran..Aku sentiasa dalam kealpaan,dan terlalu taksub dengan duniawi sehingga banyak melakukan dosa terhadap Mu,Ya Allah...Kini baruku sedar perjalananku ini sentiasa diwarnai dosa-dosa baik sedar ataupun tidak sedar..KIni aku dah bernekad untuk berubah Ya Allah..
Izinkan aku berubah Ya Allah..Cekalkan hatiku ini dalam menghadapi dugaan semasa diriku dalam perubahan..Memang tidak dinafikan kawan-kawan aku banyak mpertikaikan perubahan yang aku ingin lakukan..Aku dicaci,dihina dan dikutuk..Kadang-kadang aku hampir berputus asa untuk berubah..Tapi Alhmdulilah dengan izinkan Mu Ya Allah,aku tekad untuk berubah menjadi lebih baik..Aku ingin kehidupanku disinari oleh cahaya hidayahMU Ya Allah bukan cahaya yang menyesatkan aku nanti Ya Allah..Aku mohon padaMu kurniakan aku sahabat sejati yang bisa membimbing aku ke jalan kebenaran..Ke jalan yang diredhai plehMu..Cukuplah kesalahan yang telah aku lakukan selama ini..Aku harap perubahan ini akan kekal selama-lamanya..
Jangan biarkan perubahan ini hanya untuk sementara sahaja..Tabahkanlah hatiku ini untuk berubah Ya Allah..Ya Allah,ampuni dosaku selama ini..Izinkan aku menjadi wanita yang solehah dan beriman kepadaMu..Jadikan aku anak yang solehah yang sentiasa mengembirakan hati ibu bapaku dan tidak menderhaka kepada mereka..Jadikan aku insan yang disenangi oleh masyarakat dan bukan menyusahkan mereka...semoga kawan-kawanku dapat menerima perubahanku ini..dan maafkan aku jika aku da menyakiti hati mereka Ya Allah...Aku ingin terus berkawan dengan mereka..semoga ikatan ini akan berkekalan Ya Allah...Dan jadikan aku hamba yang mencintaiMu lebih dari cinta manusia..Jadikan aku Hamba yang mencintai ilmuMu..Jangan jadikan aku hamba yang suka membuang masa seperti zaman remaja aku dahulu...Jadikan aku hamba yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan bukan menjadi manusia yang berdendam Ya Allah..Buangkanlah segala sifat mazmumah dalam diriku dan kurniakan aku sifat mahmudah Ya Allah...
Kepada sesiapa yang pernah saya buat salah baik disedari ataupun tidak sedari,saya minta maaf sangat-sangat..JIka coretan ini menyakiti hati sesiapa saya minta maaf..Maaf segala-galanya..

Saturday, May 21, 2011

Sahabat,apa salahku padamu?

  Assalaimualaikum..coretan ini saya tujukan kepada sahabat saya yang tersayang..Bila pena mula berbicara,hatiku mula berfikir sejenak..sahabat,apa salahku padamu hingga dirimu diam menyepi..
 
 Kalau sahabatmu ini ada buat salah maafkanku..Jika sahabatmu ini ada tersalah cakap maafkan aku..JIka teguran sahabatmu ini menguriskan hatimu maafkan aku..Bukan niat sahabatmu menyakiti hatimu..

 Sahabatmu mengaku aku hanya insan biasa juga tidak pernah terlepas dari buat kesalahan..Tidak pernah terlepas dari berbuat dosa..tapi kenepa engkau tak cuba menyedarkan sahabatmu ini ketika dia dalam kealpaan..?Kenapa engkau terus mghukum dan terus berdiam diri?

 Aku bukan minta harta darimu tapi aku cuma pinta sebuah kemaafan dan teguran sahaja darimu..Tidak lebih dari itu..Sahabat,aku cuma pinta sesuatu sahaja darimu cakap jika sahabatmu ini ada buat kesalahan..itu pun sudah mencukupi buatku untuk mperbaiki kesalahan dan kelemahan aku..

 Maafkan aku sahabat untuk segala-segalanya..Akanku ingati dirimu hingga akhir hayatku..Engkau tetap sahabatku walaupun engkau menyepi diri,engkau menghilang jauh dariku..

Saturday, May 14, 2011

Untukmu Guru

   Sajak ini saya dedikasi kepada semua guru diluar sana dan juga guru yang pernah mengajar saya..Ikhlas dari anak muridmu..


Guru,
Hadirmu ibarat cahaya,
Menerangi hidup kami,
Engkau tersenyum gembira,
Meskipun hatimu telah disakiti.

Guru,
Dirimu tidak pernah merungut,
Dalam mendidik anak bangsa,
Meskipun dirimu terlalu penat,
Menghadapi karenah kami semua.

Guru,
Besar sungguh pergorbanan dirimu,
Walaupun kami tidak pernah sedari,
Maafkan kami jika ada menyakiti hatimu,
Berikanlah kami peluang sekali lagi,
Menebus semua kesalah kami padamu,
Dengan sebuah kejayaan yang bakal kami kecapi.

Guru,
Tanpamu kami terus dalam kegelapan,
Tanpamu kami tak ada kejayaan,
Tanpamu masa depan kami akan hancur,
Dan tanpamu juga kami tidak akan berdiri disini..

Guru,
Terima kasih mendidik kami,
Terima kasih memberi ilmu pada kami,
Terima kasih diatas segala pergorbananmu terhadap kami,
Terima kasih dalam membimbing kami..

Guru,
semoga Allah akan membalas jasamu
Didunia dan diakhirat sana..
Kami sayang cikgu,
untuk selama-lamanya..

Saturday, May 7, 2011

Khas untukmu ibu

 Selamat hari Ibu..Tapi bagiku setiap hari adalah hari ibu..aku sayang mak aku sepenuh nyawaku..dan separuh nyawa lagi mestilah untuk abahku..separuh lagi untuk abang-abangku tidak dilupakan untuk sahabatku..Walaupun mak saya kadang2 suka marah dan membebel tapi saya sayang mak saya sebab saya tahu saya yang bersalah menyebabkan mak saya marah dan bising..
  Tika saya hampir kejatuhan,mak saya yang menjadi pendorong hidup saya untuk bangkit semula..Beliau tidak pernah berputus asa untuk menyakinkan saya semula..Beliaulah kekuatan kehidupan saya dan cahaya dalam hidup saya..Selagi saya bergelar anaknya saya akan cuba berbakti kepada mak saya..saya tak akan menghampakan lagi impian mak saya..
  Tak lama lagi saya bakal berjauhan dengan mak saya..saya akan melanjut pelajaran jauh dari mak saya..saya mesti akan rindu mak saya...biarlah orang kata saya anak mak,anak manja sebab saya sayang mak saya..Mak,adik akan sayang mak..
 Kepada saudara dan saudari diluar sana silalah hargai ibu,ummi,mummy dan mak anda selagi mereka ada..usah menyesal apabila mereka tiada..


Detik ms trus blalu tnp mnanti ssiapa&smakin hri umur kita pun akn meningkat bsama pengedaran masa. Kita smua dilahirkan didunia ini mlalui seorang yg bnama ibu. Bgitu besar pranan dan jasa insan yg bnama ibu ini.Rnungkanlah sjenak apakah yg telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk&ciumlah ibu msing2 yg dpt bjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bgi mrka yg dduk berjauhan.dpetik salah satu blog

Sunday, April 24, 2011

Sahabat

Sahabat

   Sahabat ialah seseorang yang paling bererti dalam hidup kita..Sahabat yang baik sentiasa bersama kita tika susah dan senang..berbeza dengan kawan..Kawan kadang-kadang hanya bersama kita bila kita senang sahaja tapi bila kita susah dia hilang entah kemana...
    
     Sahabat merupakan pengubat suka dan duka kita..Dia akan mengembirakan kita tika kita dalam kesedihan dan akan menjadi pengubat tika kita kelukaan..Kadang-kadang kita tak menghargai sahabat kita..kita lupa kan dia bila mendapat sahabat baru tapi sahabat kita tidak pernah marah akan kita..Dia tidak pernah membenci kita dan setia menanti kepulangan kita disisinya..Apabila kita bahagia dia selalu mendoakan kita dan takkan pernah melupakan kita di dalam doannya..

     Sahabat selalu akan menjaga hati kita dan takkan pernah cuba untuk menyakiti hati kita..Dia akan selalu membela diri kita apabila ada orang cuba menjatuhkan kita..tapi pernah ke kita terpikir kita selalu menyakiti hatinya..dan berdiam diri bila dia dalam kejatuhan..Kejamnye kita bila teringat pergorbanannya dahulu...

     Sahabat selalu menjaga aib kita tapi kadang2 kita tak pernah menjaga aibnya..Sahabat tidak akan pernah menikam kita dari belakang tapi kawan selalunya akan menikam kita..Sahabat akan selalu jaga kita tika kita sakit..Hatinya akan risau apabila sahabatnya masuk hospital..Sanggup bersusah payah menjaga kita...Sahabat tidak pernah mengungkit apa yang dilakukan olehnya pada kita..Baginya cukuplah kita bahagia...Tapi kita tak pernah menghargainya..KIta tidak pernah bersyukur apa yang telah dikurniakan kepada kita sehinggalah kita kehilangan sahabat didalm hidup kita..Waktu tu tiada guna untuk kita menangisi pemergiaanya..

      Kepada sahabat-sahabat diluar sana,silalah menghargai sahabat anda sebelum sahabat kita pergi dalam hidup kita..Jangan mempersoalkan apa yang pernah dia buat pada kita tapi soal pada diri kita apa yang kita buat untuknya..Kadang2 kita bersikap kejam pada sahabat kita..kita tidak pernah tahu betapa sakit hatinya..sayangi mereka seperti keluarga kita sendiri..

Sahabat,
maafkan aku jika menyakiti hatimu,
semoga persahabatan kita ini akan diredhai..
Hingga ke akhir nyawa kita




     

  

Friday, April 22, 2011

Bukan Kerana Nama

Jangan pandang bibir yang manis,
kerna dia bisa menghancurkan,
Jangan kau pandang wajah yang indah,
kerna dia bisa meracunmu,
Dengarlah hai teman,
dengarlah bersama,
aku menulis bukan kerna nama,
kerna sifat kasih pada sesama insan,

Dan menyatakan kasih sayangku,
kita sama.....semuanya sama...
apa yang ada hanyalah kehidupan,
Jangan kau dengar..puisi dusta,
kerna dia bisa merosakkan jiwamu,
Dengarkanlah puisi  di pusaka,
Yang telah menurun hari ini,

Jangan kau alas hatimu itu,
dengan secebis warna kehitaman,
Dialah seperti anai-anai,
lambat laun hancurlah dirimu,

Friday, April 15, 2011

Doa bila jatuh cinta

Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMU.

Ya Allah…
Bila hamba bertemu dengan seseorang
dan hamba jatuh cinta
Izinkanlah hamba menjadi yang terbaik baginya
dan dia yang terbaik bagi hamba

Ya Allah…
Bila Hamba menjadi pasangan seseorang
Izinkanlah diri hamba menjadi pelindung baginya
Izinkanlah diri hamba menjadi penyejuk hati baginya
Izinkanlah wajah hamba menjadi kesenangan baginya
Izinkanlah mata hamba menjadi keteduhan baginya
Izinkanlah pundak hamba menjadi tempat melepas keresahan baginya
Izinkanlah setiap perkataan hamba menjadi kesejukan baginya

Ya Allah…
Izinkanlah setiap pelukan menjadi jalan untuk lebih mendekat kepadaMu
Izinkanlah setiap sentuhan menjadi perekat cinta kepadaMu
Izinkanlah setiap pertemuan menjadikan kami bersyukur kepadaMu

Ya Allah…
Izinkanlah hati yang sangat halus ini tidak pernah merasa tersakiti
Izinkanlah hati yang rentan ini tidak pernah merasa terkhianati

Ya Allah…
Jiwa kami ada dalam genggamanMu
maka izinkanlah jiwa kami selalu bertaut dalam cintaMu

Ya Allah…
Permintaan terakhirku, semoga kami berdua selalu berada dalam perlindunganMu.
Ya Allah, 

dipetik dari sebuah blog

Sunday, March 6, 2011

Cerita Hati

   Aku mengenalimu kerana sebuah pertemuan,
   Aku menyayangimu kerana sebuah kasih sayang,
   Aku mengingatimu kerana sebuah kenangan,
   Aku menangis kerana sebuah pertemuan,
   Dan aku tidak akan membencimu kerana sebuah persahabatan..

JIka persahabatan kita masih kuat,kita tetap akan bersatu jua,
Jika persahabatan kita ditakdirkan berakhir,walau sedekat mana kita,
kita tetap tak akan bersatu walaupun sehabis baik kita cuba menyelamatkannya..

   Kasih sayang padamu tidak akan pudar dan akan terus menyayangimu
   hingga ke hujung nyawaku..walaupun dilukia,walaupun disakiti,
   aku tetap akan memaafkan dirimu..kerana engakulah sahabat yang paling penting dalam hidupku

Sunday, January 30, 2011

Luahan hati untuk dirinya

Seandainya kita dicipta untuk bersatu,
    Pasti suatu ketika kita akan dipertemukan semula,
Seandainya kita tidak dicipta untuk bersatu,
    Walau dekat selalu kau takkan menjadi milikku.

             Aku tidak pandai bermadah seperti dirimu,
                     Namunku ingin dirimu tahu kau sentiasa dihatiku,
             Kehadiranmu membawa seribu erti kepada hidupku dan keluargaku,
                     Tapi apa dayaku,dirinya adalah pilihanmu dan bukanlah diriku,
             Ku akan sentiasa doakan dikau bahagia bersama si dia..


Cintaku padamu bukan kerana paras rupa,
              Sayangku padamu bukan kerana harta,
Kasihku padamu bukan kerana hendak berdusta
              Cintaku padamu kerana agamamu,
Sayangku padamu kerana akhlakmu,
              Dan kasihku padamu kerana kejujuranmu..

                      Diriku cuba memcintaimu kerana Allah
                                  Dan bukan kerana nafsu,
                      Cintaku padamu biarlah diredhai oleh Allah
                                   Bukan dikotori dengan maksiat,
                      Keranaku yakin cinta yang diredhai pasti berkekalan,
                                    Berbanding cinta yang dikotori dengan maksiat




                          
          

Saturday, January 29, 2011

Ketulusan Hati


Sedihku,sakitku,ku terima,
Ku rela ku pasrah jalanku,
Ini suratan aku dicoba,
Demi rahmatmu ku memohon..
 
      Ya Allah,redha ketulusan hatiku,
      Ya Allah,berilah aku ketabahan,
      Ya Allah,aku sanggup berkorban,
       Demi rahmatmu Ya Allah..

Di dunia yang sarat dugaan,
Ku mohon dosaku ampunkan,
Ingin bahagia dunia akhirat
Turunkan rahmatMu untukku

Monday, January 10, 2011

Mutiara Kata

*Apabila manusia gagal mencintai Allah,maka cinta sejatinya tidak akan ditemuinya *


       ~Orang yang terlalu berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaan sendiri~


*Cinta adalah anugerah Allah,mereka yang menerima dan mengalaminya 
tidak pernah menyedari  bahawa dia telah jatuh cinta dengan seseorang*


           *Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta yang sebenar melainkan ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan  hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tapi buka hati kita*



Tuesday, January 4, 2011

Sahabat

  Sahabat,
  antara persahabatn dan keegoan,
  akanku pilih persahabatan,
  Persahabatan itu begitu indah dari keegoan,
  Keegoan akan menghancurkan persahabatan kita,
  Lunturkan keegoan kita demi sebuah persahabatan yang murni.

                                                Hadirmu memberi aku seribu erti