Religious Myspace Comments
MyNiceProfile.com **DikalaKu Mengharapkan Redha Dan CintaMu** +~ HANYA SATU KALIMAH SATU FIKRAH SATU ARAH SATU CINTA SATU KEHIDUPAN ~+ Hello Kitty With Pet Lion

Friday, June 3, 2011

~Dugaan yang Mendatang~


Tujuan untuk menulis ini bukan untuk mengeluh dugaan yang diberi tapi untuk berkongsi sahaja..Aku harus bersyukur dengan ujian yang mendatang walaupun kadang-kadang hampir berputus asa..Tak lama lagi aku akan mendaftar di kolej islam dalam jurusan diploma syariah islamiyyah..Memang memerlukan mental yang kuat..sebab aku tak ada asas bahasa arab..aku kena belajar kuat..

Dan dari situ juga aku mendapat tentangan yang hebat dari rakan-rakanku..Mereka cuba mempersoalkan kebolehan aku..sampai bergaduh..dan lepas dari kejadian itu memang masing-masing menyepi diri..aku ada minta maaf tapi tiada sebarang renspons..harap mereka boleh maafkan aku..salah ke aku nak mendalami ilmu agama?..Asalkan aku minat dan berusaha..dan aku percaya Allah sentiasa disisi aku..

selama sebulan sebelum tarikh aku mendaftar memang banyak dugaan melanda..bagai dihempap batu..nafas disekat...Kadang-kadang aku terfikir juga hendak menarik diri dan berputus asa nasib baik ada orang yang sudi bersama aku lagi..memberi aku kata-kata semangat 
dan dorongan..

"Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim..Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok"

Mungkin ada hikmah disebalik dugaan yang mendatang..kita sebagai hambaNya harus bersyukur diatas dugaan ini kerana Allah masih menyayangi kita lagi sebagai hambaNya..Indah sungguh dugaan yang diberi..Kadangkala Allah akan menghilangkan mentari dari hidup kita kemudian Allah akan datangkan guruh..Puas kita menangis mencari dimana sinar mentari kita..Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..bersabarlah insan ada kemanisan disebalik kepahitan ini..

Pesanan kepada sahabat-sahabat diluar sana dan diri ini,bersabarlah dalam menghadapi dugaan ini..

No comments:

Post a Comment