Religious Myspace Comments
MyNiceProfile.com **DikalaKu Mengharapkan Redha Dan CintaMu** +~ HANYA SATU KALIMAH SATU FIKRAH SATU ARAH SATU CINTA SATU KEHIDUPAN ~+ Hello Kitty With Pet Lion

Sunday, June 17, 2012

Terjalin Sebuah Ukhwah


Knsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)
Alhmdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana selama seminggu ana join program penghayatan mahasiswa ana telah dikurniakan sebuah ukhwah islamiyyah antara sahabat yang selama ini tidak pernah bersua..Pertama kali bertemu dengan mereka, hati ini rasa dipaut untuk berbicara tentang ukhuwah. Entah mengapa, tapi saya yakin itu ialah rencana-Nya sedang saat dan tika itu, saya langsung tidak bersedia dengan point, idea dan buah fikir. Namun, bila memandang wajah-wajah jernih mereka, benar... hati ini sangat dipanggil.ukhuwah fillah al-islamiyyah mengajar kita untuk saling membantu dan menyokong
Sebenarnya ana masih terkejut lagi..ana mengaku selama ini memang susah untuk bekerjasama dengan orang yang tidak dikenali..tapi dengan kehadiran mereka semua ana berasa selesa untuk bekerjasama dengan mereka..Masing2 ada kelebihan sendiri..Alhmdulilah ana dikurniakan sahabat perjuangan yang sefahaman termasuk akhi dan ukhti yang tidak dapat dilupakan..Kehadiran mereka dalam hidup ana memang mendatangkan kesan dalam diri ini..Selama seminggu bekerjasama dengan mereka,memang tak ada masalah langsung..Suka duka kami bersama..susah senang kami tempuhi bersama..Kami umpama sebuah keluarga yang sentiasa memahami antara satu sama lain...kenangan yang tidak dapat dilupakan bila post morterm pada malam hari..

Kami bawa berbincang diantara satu sama lain,..kalau ada masalah,ada yang tidak puas hati kami akan cuba untuk selesaikan...walaupun penat ulang alik ke hospital,merekalah menjadi penawarnya...mereka buat ana tidak berputus asa..tugasan yang diamanahkan kami cuba laksanakan dengan sehabis baik..kami cuba tidak terlalu ikut emosi dalam melakukan tugasan..
Bekerjasama amatlah penting dalam kerja sepasukan ini...sebenarnya ana rindukan mereka semua..senyuman mereka,gelak tawa mereka..banyak yang ana nak kongsikan tapi anak tak sanggup..hati ini terlalu sayu..yang paling sedih saat post morterm terakhir..memang paling sedih..banyak yang nak ana cakapkan pada mereka tapi ana tidak mampu..ana cuba bertahan untuk tidak sedih..tapi ana terpaksa biarkan ia berlalu..ana berharap sangat satu hari nanti ana dapat bekerjasa dengan mereka semula terutama dengan akhi dan ukhti..Tanpa mereka,ana tidak akan dapat pengalaman sebegini..ana asyik teringatkan kenangan bersama..Ana harap mereka semua akan jadi mujahid dan mujahidah yang berjuang kerana islam..Maafkan ana jika ada salah silap..Lirik lagu ini ana ingin tujukan pada sahabat2 ana waktu orietasi hari itu iaitu Mawardha,Akak Sakinah,Akak Hasanah,Akak Balqis,Raja Azmi,Putera Syah,Zaqir,Akhi Handromi,Asfarisyam..ana tidak akan lupa kalian semua
o
Kita ingin segalanya indah
Semurni pantai yang putih bersih
Indahnya bagai tersusun madah
Berseri ukhuwah dipupuk kasih
Kita rindukan kasih sayang
Untuk hiasi taman hati
Dalam melalui perjalanan suci
Ingin menuju arah Tuhan
Perlu tetap tujuan kita
Baru kehidupan aman berpanjangan
Demi perjuangan perlu satu hati
Tetapkan iman di dalam diri
Perintah Allah wajib dipatuhi
Sunnah Rasul perlu dicontohi
Biar keikhlasan kita berbicara
Barulah terhindar sengketa sesama

2 comments:

  1. Bismillahirrahmanirrahim, assalamu'alaik warahmatullahi wabarakatuh.

    Zahirah...

    Sesungguhnya akak mengerti perasaan adik,
    Walaupun mungkin adik tidak menzahirkan segala apa yang tersurat di dalam hati pada raut wajah mahupun perbuatan, tetapi setiap kalimah di atas menyingkap segala tabir memaparkan akan kesedihan yang adik alami...

    Akak ingat lagi waktu mula-mula kita semua berada di dalam auditorium, akak takda kumpulan yang boleh akak sertai. Tetapi dalam ramai-ramai orang di sana, akhi, ukht dan adik-adik dalam unit kebajikan sudi memanggil dan menerima akak.

    Kemudian pada hari yang berikutnya dalam orientasi, kita semua bersusah-payah untuk memapah dan membawa pelajar-pelajar yang sakit ulang-alik ke bilik rawatan dan hospital. Peristiwa yang tak boleh dilupakan pada lewat pagi di mana beberapa orang daripada pelajar-pelajar perempuan yang jatuh pengsan. Kita semua beradu tenaga untuk memapah mereka dan bersengkang-mata hingga larut pagi. Begitulah juga untuk hari yang seterusnya. Kita semua berusaha bersungguh-sungguh untuk bekerja selama 24 jam tanpa henti. Kita semua melakukan semua ini bukan kerana nama, bukan kerana apa, tapi kerana Allah Subhanahu Wata'ala, yakinlah setiap kesusahan yang kita hadapi dan segala pengorbanan itu ada ganjaran-ganjaran di sebaliknya, biiznillah.

    Akak mahu meminta ma'af pada Zahirah jika sepanjang waktu dalam tempoh minggu induksi dan orientasi, akak tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Akak minta ma'af sangat-sangat. Juga, akak berterima kasih kerana Zahirah boleh menerima akak dalam unit kebajikan dan menerima segala kekurangan.

    Insha Allah, selepas ini moga ukhuwah yang terjalin antara kita semua dapat diteruskan. Walaupun jauh, mudah-mudahan semoga kita semua dapat kembali bersua.

    Wallahua'lam bissowab.

    ReplyDelete
  2. Alhmdulilah Akak Hasanah..Adik bertuah dikurniakan ukhti2 dan akhi yang sangat berpengalaman..Yang baik hati...Semasa pertemuan kita,adik dah dapat rasa ukhwah antara kita..Tapi waktu tu kita semua malu2..Tetapi setelah beberapa lama kita bersama,kita mula jumpa titik persamaan itu..Kita ibarat sebuah keluarga yang saling tolong menolong,sentiasa bersama dalam suka dan duka..

    Walaupun kita semua penat tapi kita tetap berusahaja menjalankan tugasan itu dengan baik..Gelak ketawa mereka buat hati ini rasa tenang..Gelak ketawa mereka,senyuman mereka buat penat dalam diri ini memang hilang..walaupun kita kena marah dengan doktor2 kita tetap senyum..Rasa mengantuk kita tetap bertahan sampai tidak sedar tidur di hospital..Ya Allah,betapa beratnya menangung perasaan rindu ini..Adik harap sangat2 kita dapat bekerjasama dalam satu organisasi nanti..Dapat jumpa semula dengan ukhti sakinah dan akhi handromi..Perpisahan ini betul2 menyedihkan...

    ReplyDelete