Religious Myspace Comments
MyNiceProfile.com **DikalaKu Mengharapkan Redha Dan CintaMu** +~ HANYA SATU KALIMAH SATU FIKRAH SATU ARAH SATU CINTA SATU KEHIDUPAN ~+ Hello Kitty With Pet Lion

Thursday, June 30, 2011

~Sekadar Renungan~


  1. Jika dalam diri ada rasa malas,maka berazamlah menjadi seorang yang rajin
  2. Jika selama ini mengambil mudah perkara haram,berazamlah mahu meninggalkan yang haram..
  3. Jika terlalu sedikit mkengamalkan yang sunat,berazamlah memperbanyakkan amalan sunat..
  4. Jika mempunyai sikap pemarah,berazamlah menghilangkan sifat marah kerana sifat marah menyebabkan orang lain takut untuk mendekati kita..
  5. Jika cuai dalam tugasan,berazamlah untuk tidak cuai dalam melakukan tugasan..
  6. Jika mempunyai pelbagai alasan bila ada bisikan yang menyuruh bersedekah,turutilah kata hati yang baik..
  7. Jika tidak pandai mengambil hati orang,berubahlah sikap menjadi sebaliknya..Dengan pandai mengambil hati orang di sekeliling kita

~Muhasabah buat Untuk diriku yang sering lupa~

Jauhilah dirimu daripada dosa-dosa kerana ia akan menyebabkan jauhnya dirimu dari Allah

  • Peliharalah mata daripada melihat perkara yang haram
  • Peliharalah telinga daripada mendengar hal yang haram
  • Peliharalah tangan daripada melakukan perkara yang haram
  • Pelihara kaki daripada melakukan perkara yang haram
  • Peliharalah kemaluanmu daripada melakukan perbuatan yang haram
  • Peliharalah lidahmu daripada berkata hal yang ditegah syarak
  • Peliharalah akalmu daripada berkhayal tentang perkara yang haram....



Tuesday, June 28, 2011

Surat untuk calon suamiku

Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk CALON SUAMI  dunia akhiratku!!!

Asssalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..
Duhai calon pemilik tulang rusukku, aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu.
Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Ku kan berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus.

Duhai calon imam dalam sholatku, aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan siap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum..Insya Allah akan menyempurnakan solat kita.Dengan deru do’amu seiring “aamiin” dari lisanku.

Dalam hening malam air mataku ini tak henti ku titiskan bercahayakan munajat doa.
Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku terpuruk dan jatuh.. lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu.

Duhai calon pengusap air mataku, sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad.

Duhai calon ayah dari para mujahi-mujahidah kita, aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanammkan ilmu agama agar mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.

Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga…
Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…

Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri, agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu..
Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa, engkau tepesona pada apa yang kuucap..
Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang engkau miliki, karena aku takut dapat memudaratkan imanku..

Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…
Aku menunggu lisan ijab darimu..
InsyaAllah,sedia menanti di sini..



dicopy sekadar untuk berkongsi

Saturday, June 18, 2011

~Untuk Bakal suamiku~

Jika mahu cintaku.Carilah dahulu cinta Allah.Jika mahu rinduku..Rindulah dahulu Allah dan rasulnya dahulu.Jika mahu sayangku.Sayangilah dahulu agamamu lebih dari diriku.Jika sayang diriku.jauhilah aku sebelum masanya..
Jika ikhlas dengan diriku.jauhkan aku dari zina.terutamanya zina hati.Jika cintamu sejati untuk ku.cintailah aku kerana Allah.Jika pilihanmu aku.pilihlah kerana agamaku.bukan yang lain.Jika setiamu padaku.setialah kerana untuk mendapat redha Allah.Jika kau mahu peliharaku.peliharalah aku dari godaan cinta dunia dan nafsu.Yakinlah Andai Allah tentukn aku milikmu.Aku tetap milikmu.Yakinlah Andai Allah tentukn aku bukan milikmu.Itu yang terbaik untumu.Ketahuilah.Diriku juga mncintaimu..suntinglah diriku.dengan caranya dan pada masanya..

Friday, June 3, 2011

~Dugaan yang Mendatang~


Tujuan untuk menulis ini bukan untuk mengeluh dugaan yang diberi tapi untuk berkongsi sahaja..Aku harus bersyukur dengan ujian yang mendatang walaupun kadang-kadang hampir berputus asa..Tak lama lagi aku akan mendaftar di kolej islam dalam jurusan diploma syariah islamiyyah..Memang memerlukan mental yang kuat..sebab aku tak ada asas bahasa arab..aku kena belajar kuat..

Dan dari situ juga aku mendapat tentangan yang hebat dari rakan-rakanku..Mereka cuba mempersoalkan kebolehan aku..sampai bergaduh..dan lepas dari kejadian itu memang masing-masing menyepi diri..aku ada minta maaf tapi tiada sebarang renspons..harap mereka boleh maafkan aku..salah ke aku nak mendalami ilmu agama?..Asalkan aku minat dan berusaha..dan aku percaya Allah sentiasa disisi aku..

selama sebulan sebelum tarikh aku mendaftar memang banyak dugaan melanda..bagai dihempap batu..nafas disekat...Kadang-kadang aku terfikir juga hendak menarik diri dan berputus asa nasib baik ada orang yang sudi bersama aku lagi..memberi aku kata-kata semangat 
dan dorongan..

"Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim..Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok"

Mungkin ada hikmah disebalik dugaan yang mendatang..kita sebagai hambaNya harus bersyukur diatas dugaan ini kerana Allah masih menyayangi kita lagi sebagai hambaNya..Indah sungguh dugaan yang diberi..Kadangkala Allah akan menghilangkan mentari dari hidup kita kemudian Allah akan datangkan guruh..Puas kita menangis mencari dimana sinar mentari kita..Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..bersabarlah insan ada kemanisan disebalik kepahitan ini..

Pesanan kepada sahabat-sahabat diluar sana dan diri ini,bersabarlah dalam menghadapi dugaan ini..