Religious Myspace Comments
MyNiceProfile.com **DikalaKu Mengharapkan Redha Dan CintaMu** +~ HANYA SATU KALIMAH SATU FIKRAH SATU ARAH SATU CINTA SATU KEHIDUPAN ~+ Hello Kitty With Pet Lion

Monday, May 23, 2011

~Cintaku Hanya Untuk Suamiku~

Dulu aku pernah sukakan seseorang..Kalau boleh aku ingin hidup semati dengan dia..Berkasih sayang dengan dia..Memang aku sayang sangat dia..Cinta pertama katakan..Tapi itu dulu..Kini baru aku sedar yang aku tidak boleh sewenang-wenang memberi cintaku kepada orang yang tiada ikatan pernikahan denganku..Aku harus simpan cinta ini hanya untuk kekasih halalku yang diredhai oleh ALLAh iaitu suamiku.Banyak pengajaran yang aku ambil apabila mendengar kisah kawan-kawanku.Tiada apapun yang indah sewaktu bercinta..Yang aku tahu buang masa,buang duit,dan menambahkan banyak berdosa .Masa belajar  terbuang untuk main mesej dengan dia,bergayut sahaja.Alhmdulilah dengan kehadiran seseorang sahabatku ini berjaya menyedarkan aku.Dia selalu membimbing aku..dan beli aku sebuah buku yang bertajuk "Pemilik cintaku"ditulis oleh Fatimah Syarha.Buku itu telah menyedarkan aku..Jauh sungguh aku terpesong..

Di dalam surah An-Nur ayat 26 Allah s.wt berfirman maksudnya:
"wanita-wanita yang  keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji,dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik,Dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik"
Ayat ini banyak menyedarkan aku..JIka aku ingin lelaki yang baik aku kena berubah menjadi wanita yang baik..Kita harus percaya dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk hambaNYa..Dia takkan mengecewakan hambaNya itu..Kita haruslah berdoa kepadaNya dan bertawakal kepada Allah sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya..

Aku banyak bertanya pada orang yang lebih arif..Pernah juga kawan aku tanya kenapa couple itu haram?Aku tak tahu nak jawab apa-apa..Demi menjawab persoalan ini aku bawa kawanku ini berjumpa dengan ustazah dan ustaz..Couple itu haram sebab boleh mendatangkan perzinaan kepada kita..Zina ini terbahagi kepada beberapa bahagiaan iautu zina hati,zina mata,zina lidah dan zina kemaluan..
Daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi Muhammad S.A.W  bersabda:
"sesungguhnya  Allah Taa'la anak adam mengenai zina .Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang.Zina lidah ialah berkata.Zina hati ialah keinginan  dan syawat,sedangkan faraj(kemaluan)hanya menuruti atau tidak diikuti".

Bercinta selepas nikah lebih indah dari bercinta sebelum menikah bagi mengelakkan kita dari dosa zina..Kedua-dua pihak boleh bersua kenal dengan lebih rapat tanpa sebarang halangan pun..Ustazah kata kita sebagai orang perempuan haruslah menjaga hijab kita..Berikan cinta kita hanya untuk suami kita sahaja..Jangan biar cinta itu dinodai dosa...Jangan kerana cinta,maruah kita tergadai..Bayi-bayi akibat dari perbuatan mereka yang masih belum ada ikatan sah dibuang disana-sini..Dan yang paling menyayat hati bila bayi tersebut digigit anjing..Begitu sayu..Kenapa anak kecil itu terpaksa menanggung perbuatan dari ibubapa mereka...Mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa lagi..

Aku akan sentiasa mengingati nasihat dari ustazah dan ustaz aku..Berkahwin dapat mengelak diri kita dari terjebak perzinaan..Untuk kaum hawa,jangan mudah memberi cinta kepada kaum adam yang belum menjadi suami kita..Biarlah kita jual mahal asalkan tidak mengadaikan maruah kita..Ingatlah "cinta kita hanya untuk suami kita sahaja"Selagi mereka tidak menjadi suami kita jangan memberi cinta itu sewenang-wenangnya...

sampai disini sahaja yang mampu saya kongsikan..Jika ada salah dan silap harap dimaafi..Saya masih belajar memperbaiki kelemahan diri..sekian..
\

No comments:

Post a Comment