Religious Myspace Comments
MyNiceProfile.com **DikalaKu Mengharapkan Redha Dan CintaMu** +~ HANYA SATU KALIMAH SATU FIKRAH SATU ARAH SATU CINTA SATU KEHIDUPAN ~+ Hello Kitty With Pet Lion

Wednesday, May 25, 2011

Warkah Untuk Sahabatku..


Assalaimualaikum wahai sahabatku..
Inginku coretkan luahan hatiku ini untuk dirimu..
Sahabat,hadirmu memberi aku seribu makna.
Mengajar aku erti kehidupan,erti persahabatan dan erti kesusahan..Aku bersyukur Allah hadirkan dirimu dalam hidupku..

Sahabat,dirimu tidak pernah berputus asa untuk menasihatiku...
Engkau sanggup korbankan masa untukku,mendengar segala keluh kesalku..Memberi aku semangat bila aku bangkit kembali..Menyedarkan aku semula tika aku dalam kealpaan..Hadirmu mendekatiku ke jalan kebenaran,jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T..Engkau sentiasa bersabar dengan karenahku..Walaupun aku sering menyakiti hatimu engkau masih tersenyum lagi..

Ketika aku menangis dan kesedihan,engkau sentiasa bersamaku..Engkau akan menceriakan kembali semula hidupku ini..mengukir semula senyuman di wajahku..Hatiku tenang bila melihat wajahmu..Ketika aku gembira dan kadang-kadang melupakan dirimu,engkau masih mampu tersenyum..besar sungguh pengorbananmu..

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah mempersia-siakan sahabat yang telah dicarinya"Saidina Ali

sahabat,engkau sering menasihatiku untuk menghargai orang yang sering menyayangi kita..Dan mengajar aku untuk menerima ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah..KIta tak semestinya bersahabat selama-lamanya sebab kita semua adalah milik Allah..BIla masa Allah akan menariknya..Jadi hargai sahabat kita selagi sahabat kita masih ada..sahabat,aku akan hargai dirimu hingga ajal memisahkan kita..Dan jika aku ada salah maafkan aku sahabat..
Sahabat,inginku katakan engkau memang sahabat terbaikku..Aku bersyukur Allah hadirkan engkau sebagai sahabatku..membimbing aku ke jalan benar,Hadirmu ibarat cahaya yang menerangi hidupku..Terima kasih sahabat..Terima kasih Ya Allah..semoga persahabatan kami akan berkekalan hingga akhir hayat..Dan terima kasih juga kepada kawanku yang telah menitiskan air mataku..Tanpa kawan, aku takkan berjumpa dengan sahabat..


Monday, May 23, 2011

~Cintaku Hanya Untuk Suamiku~

Dulu aku pernah sukakan seseorang..Kalau boleh aku ingin hidup semati dengan dia..Berkasih sayang dengan dia..Memang aku sayang sangat dia..Cinta pertama katakan..Tapi itu dulu..Kini baru aku sedar yang aku tidak boleh sewenang-wenang memberi cintaku kepada orang yang tiada ikatan pernikahan denganku..Aku harus simpan cinta ini hanya untuk kekasih halalku yang diredhai oleh ALLAh iaitu suamiku.Banyak pengajaran yang aku ambil apabila mendengar kisah kawan-kawanku.Tiada apapun yang indah sewaktu bercinta..Yang aku tahu buang masa,buang duit,dan menambahkan banyak berdosa .Masa belajar  terbuang untuk main mesej dengan dia,bergayut sahaja.Alhmdulilah dengan kehadiran seseorang sahabatku ini berjaya menyedarkan aku.Dia selalu membimbing aku..dan beli aku sebuah buku yang bertajuk "Pemilik cintaku"ditulis oleh Fatimah Syarha.Buku itu telah menyedarkan aku..Jauh sungguh aku terpesong..

Di dalam surah An-Nur ayat 26 Allah s.wt berfirman maksudnya:
"wanita-wanita yang  keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji,dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik,Dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik"
Ayat ini banyak menyedarkan aku..JIka aku ingin lelaki yang baik aku kena berubah menjadi wanita yang baik..Kita harus percaya dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk hambaNYa..Dia takkan mengecewakan hambaNya itu..Kita haruslah berdoa kepadaNya dan bertawakal kepada Allah sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya..

Aku banyak bertanya pada orang yang lebih arif..Pernah juga kawan aku tanya kenapa couple itu haram?Aku tak tahu nak jawab apa-apa..Demi menjawab persoalan ini aku bawa kawanku ini berjumpa dengan ustazah dan ustaz..Couple itu haram sebab boleh mendatangkan perzinaan kepada kita..Zina ini terbahagi kepada beberapa bahagiaan iautu zina hati,zina mata,zina lidah dan zina kemaluan..
Daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi Muhammad S.A.W  bersabda:
"sesungguhnya  Allah Taa'la anak adam mengenai zina .Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang.Zina lidah ialah berkata.Zina hati ialah keinginan  dan syawat,sedangkan faraj(kemaluan)hanya menuruti atau tidak diikuti".

Bercinta selepas nikah lebih indah dari bercinta sebelum menikah bagi mengelakkan kita dari dosa zina..Kedua-dua pihak boleh bersua kenal dengan lebih rapat tanpa sebarang halangan pun..Ustazah kata kita sebagai orang perempuan haruslah menjaga hijab kita..Berikan cinta kita hanya untuk suami kita sahaja..Jangan biar cinta itu dinodai dosa...Jangan kerana cinta,maruah kita tergadai..Bayi-bayi akibat dari perbuatan mereka yang masih belum ada ikatan sah dibuang disana-sini..Dan yang paling menyayat hati bila bayi tersebut digigit anjing..Begitu sayu..Kenapa anak kecil itu terpaksa menanggung perbuatan dari ibubapa mereka...Mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa lagi..

Aku akan sentiasa mengingati nasihat dari ustazah dan ustaz aku..Berkahwin dapat mengelak diri kita dari terjebak perzinaan..Untuk kaum hawa,jangan mudah memberi cinta kepada kaum adam yang belum menjadi suami kita..Biarlah kita jual mahal asalkan tidak mengadaikan maruah kita..Ingatlah "cinta kita hanya untuk suami kita sahaja"Selagi mereka tidak menjadi suami kita jangan memberi cinta itu sewenang-wenangnya...

sampai disini sahaja yang mampu saya kongsikan..Jika ada salah dan silap harap dimaafi..Saya masih belajar memperbaiki kelemahan diri..sekian..
\

~Tiba Masanya untuk Berubah~


Hidup ini sentiasa ada perubahan baik dari segi rohani dan fizikal..Tidak semestinya kita kena kekal begitu sahaja..Hidup ini perlu ada warna warni dan buka hanya satu warna sahaja..
Ya Allah,hambaMu ini banyak berbuat dosa sepanjang perjalanan kehidupannya dalam mencari kebenaran..Aku sentiasa dalam kealpaan,dan terlalu taksub dengan duniawi sehingga banyak melakukan dosa terhadap Mu,Ya Allah...Kini baruku sedar perjalananku ini sentiasa diwarnai dosa-dosa baik sedar ataupun tidak sedar..KIni aku dah bernekad untuk berubah Ya Allah..
Izinkan aku berubah Ya Allah..Cekalkan hatiku ini dalam menghadapi dugaan semasa diriku dalam perubahan..Memang tidak dinafikan kawan-kawan aku banyak mpertikaikan perubahan yang aku ingin lakukan..Aku dicaci,dihina dan dikutuk..Kadang-kadang aku hampir berputus asa untuk berubah..Tapi Alhmdulilah dengan izinkan Mu Ya Allah,aku tekad untuk berubah menjadi lebih baik..Aku ingin kehidupanku disinari oleh cahaya hidayahMU Ya Allah bukan cahaya yang menyesatkan aku nanti Ya Allah..Aku mohon padaMu kurniakan aku sahabat sejati yang bisa membimbing aku ke jalan kebenaran..Ke jalan yang diredhai plehMu..Cukuplah kesalahan yang telah aku lakukan selama ini..Aku harap perubahan ini akan kekal selama-lamanya..
Jangan biarkan perubahan ini hanya untuk sementara sahaja..Tabahkanlah hatiku ini untuk berubah Ya Allah..Ya Allah,ampuni dosaku selama ini..Izinkan aku menjadi wanita yang solehah dan beriman kepadaMu..Jadikan aku anak yang solehah yang sentiasa mengembirakan hati ibu bapaku dan tidak menderhaka kepada mereka..Jadikan aku insan yang disenangi oleh masyarakat dan bukan menyusahkan mereka...semoga kawan-kawanku dapat menerima perubahanku ini..dan maafkan aku jika aku da menyakiti hati mereka Ya Allah...Aku ingin terus berkawan dengan mereka..semoga ikatan ini akan berkekalan Ya Allah...Dan jadikan aku hamba yang mencintaiMu lebih dari cinta manusia..Jadikan aku Hamba yang mencintai ilmuMu..Jangan jadikan aku hamba yang suka membuang masa seperti zaman remaja aku dahulu...Jadikan aku hamba yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan bukan menjadi manusia yang berdendam Ya Allah..Buangkanlah segala sifat mazmumah dalam diriku dan kurniakan aku sifat mahmudah Ya Allah...
Kepada sesiapa yang pernah saya buat salah baik disedari ataupun tidak sedari,saya minta maaf sangat-sangat..JIka coretan ini menyakiti hati sesiapa saya minta maaf..Maaf segala-galanya..

Saturday, May 21, 2011

Sahabat,apa salahku padamu?

  Assalaimualaikum..coretan ini saya tujukan kepada sahabat saya yang tersayang..Bila pena mula berbicara,hatiku mula berfikir sejenak..sahabat,apa salahku padamu hingga dirimu diam menyepi..
 
 Kalau sahabatmu ini ada buat salah maafkanku..Jika sahabatmu ini ada tersalah cakap maafkan aku..JIka teguran sahabatmu ini menguriskan hatimu maafkan aku..Bukan niat sahabatmu menyakiti hatimu..

 Sahabatmu mengaku aku hanya insan biasa juga tidak pernah terlepas dari buat kesalahan..Tidak pernah terlepas dari berbuat dosa..tapi kenepa engkau tak cuba menyedarkan sahabatmu ini ketika dia dalam kealpaan..?Kenapa engkau terus mghukum dan terus berdiam diri?

 Aku bukan minta harta darimu tapi aku cuma pinta sebuah kemaafan dan teguran sahaja darimu..Tidak lebih dari itu..Sahabat,aku cuma pinta sesuatu sahaja darimu cakap jika sahabatmu ini ada buat kesalahan..itu pun sudah mencukupi buatku untuk mperbaiki kesalahan dan kelemahan aku..

 Maafkan aku sahabat untuk segala-segalanya..Akanku ingati dirimu hingga akhir hayatku..Engkau tetap sahabatku walaupun engkau menyepi diri,engkau menghilang jauh dariku..

Saturday, May 14, 2011

Untukmu Guru

   Sajak ini saya dedikasi kepada semua guru diluar sana dan juga guru yang pernah mengajar saya..Ikhlas dari anak muridmu..


Guru,
Hadirmu ibarat cahaya,
Menerangi hidup kami,
Engkau tersenyum gembira,
Meskipun hatimu telah disakiti.

Guru,
Dirimu tidak pernah merungut,
Dalam mendidik anak bangsa,
Meskipun dirimu terlalu penat,
Menghadapi karenah kami semua.

Guru,
Besar sungguh pergorbanan dirimu,
Walaupun kami tidak pernah sedari,
Maafkan kami jika ada menyakiti hatimu,
Berikanlah kami peluang sekali lagi,
Menebus semua kesalah kami padamu,
Dengan sebuah kejayaan yang bakal kami kecapi.

Guru,
Tanpamu kami terus dalam kegelapan,
Tanpamu kami tak ada kejayaan,
Tanpamu masa depan kami akan hancur,
Dan tanpamu juga kami tidak akan berdiri disini..

Guru,
Terima kasih mendidik kami,
Terima kasih memberi ilmu pada kami,
Terima kasih diatas segala pergorbananmu terhadap kami,
Terima kasih dalam membimbing kami..

Guru,
semoga Allah akan membalas jasamu
Didunia dan diakhirat sana..
Kami sayang cikgu,
untuk selama-lamanya..

Saturday, May 7, 2011

Khas untukmu ibu

 Selamat hari Ibu..Tapi bagiku setiap hari adalah hari ibu..aku sayang mak aku sepenuh nyawaku..dan separuh nyawa lagi mestilah untuk abahku..separuh lagi untuk abang-abangku tidak dilupakan untuk sahabatku..Walaupun mak saya kadang2 suka marah dan membebel tapi saya sayang mak saya sebab saya tahu saya yang bersalah menyebabkan mak saya marah dan bising..
  Tika saya hampir kejatuhan,mak saya yang menjadi pendorong hidup saya untuk bangkit semula..Beliau tidak pernah berputus asa untuk menyakinkan saya semula..Beliaulah kekuatan kehidupan saya dan cahaya dalam hidup saya..Selagi saya bergelar anaknya saya akan cuba berbakti kepada mak saya..saya tak akan menghampakan lagi impian mak saya..
  Tak lama lagi saya bakal berjauhan dengan mak saya..saya akan melanjut pelajaran jauh dari mak saya..saya mesti akan rindu mak saya...biarlah orang kata saya anak mak,anak manja sebab saya sayang mak saya..Mak,adik akan sayang mak..
 Kepada saudara dan saudari diluar sana silalah hargai ibu,ummi,mummy dan mak anda selagi mereka ada..usah menyesal apabila mereka tiada..


Detik ms trus blalu tnp mnanti ssiapa&smakin hri umur kita pun akn meningkat bsama pengedaran masa. Kita smua dilahirkan didunia ini mlalui seorang yg bnama ibu. Bgitu besar pranan dan jasa insan yg bnama ibu ini.Rnungkanlah sjenak apakah yg telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk&ciumlah ibu msing2 yg dpt bjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bgi mrka yg dduk berjauhan.dpetik salah satu blog