Religious Myspace Comments
MyNiceProfile.com **DikalaKu Mengharapkan Redha Dan CintaMu** +~ HANYA SATU KALIMAH SATU FIKRAH SATU ARAH SATU CINTA SATU KEHIDUPAN ~+ Hello Kitty With Pet Lion

Saturday, September 22, 2012

Bila Lamaran ditolak Part 1




Hati siapa yang tidak sedih kalau lamaran kita ditolak.Mesti sedih lebih-lebih lagi orang yang kita suka secara senyap.Hidup ini tidaklah selalunya indah kadang-kadang ada kesedihan yang perlu kita lalui.Kalau indah itu bukan nama kehidupan.Allah tidak akan menzalimi hambaNya.Ujian yang datang dari Allah sebagai penghapus dosa..Ramai berangappan wanita yang melamar lelaki adalah tidak tahu malu..Kata orang-orang dulu perigi cari timba.Tetapi dalam Islam tidak ada perigi cari timba.Kalau orang itu baik akhlaknya,agamaNya tidak salah wanita itu menawarkan diri untuk menjadi isteri bagi lelaki yang soleh.

sebelum melamar,kita perlulah istikhrah.Berbincang dengan orang yang berilmu dan pengalaman.Dan carilah orang tengah untuk melamar lelaki itu.Seperti Kisah si wanita A dan wanita B.
Si Wanita A ini sudah lama memendam perasaan pada si lelaki A.Lelaki A boleh dikatakan orang yang berilmu juga.Akhlaknya dan agamanya memang baik.Sentiasa menunaikan perintah Allah.Tidak pernah tinggal,menghormati wanita dan hormati ibu bapa.Lelaki A ini juga baik di dalam kepimpinannya.Sentiasa bertangungjawab dalam tugasan yang diberi.Wanita A ini amat menyenangi perangai lelaki A walaupun tidak pernah bersua.Dan jarak umur mereka memang berbeza.Memang susah untuk menjaga hati.Wanita A cuba melawan sehabis baik melawan perasaan yang mendatang.

Apabila wanita A ini cuba menjauhkan diri daripada bertemu semakin hari akan ada sahaja pertemuan wanita A dengan lelaki A.Memang hati terseksa tetapi ini semua adalah ujian dari Allah.Hanya pada Allah sahaja tempat mengadu dan tahu isi hatinya..Dan selama setahun setengah atau boleh dikatakan tiga sem,ujian melanda diri wanita A apabila dia ditugaskan untuk berkerjasama dalam satu sepasukan dengan Si A..Memang terkejut saat itu.Rasa hendak menangis pun tak boleh.Nak kata gembira wanita ini memang tidak dinafikan tetapi wanita A ini rasa takut sangat.Takut hatinya dikotori,takut syaitan akan membisik di dalam hatinya.Selama seminggu wanita A terpaksa berhadapan dengan lelaki A.Lelaki A itu memang berdedikasi dalam tugasan.Ketua yang memahami dan suka mendengr pendapat orang.Bila dalam perbincangan wanita A akan terkelu sedangkan dalam fikirannya banyak idea.Dalam senyap itu dia terpaksa bermuhajadah melawan nafsunya.Mungkin Allah sedang menguji hatinya.Selama dua bulan,dia cuba melawannya.Dia istikharah dan melakukan perbincangan.dan jawapan dari perbincangan itu mendatangkan reaksi yang positif.Wanita A mencari orang tengah yang dipercayai untuk melamar lelaki A.Sebelum lelaki A itu pergi sambung belajar di luar negara dia ambil keputusan untuk meluahkan hasratnya.Orang tengah jadi penghubung.Setiap saat di akan menanti jawapan.Dia menunggu dan terus menunggu.Hatinya sentiasa berdebar.Lelaki A berat membuat keputusan.Tetapi lama2 jawapan diberi sebelum lelaki A bertolak ke luar negara.Lelaki A menolak dengan cara baik sekali.Kalau ada jodoh InsyaAllah sebab lelaki A itu ingin belajar dulu.Saat dapat jawapan itu hatinya memang rasa tenang.Dia tidak sedih.Dalam hatinya dia kata"Hanya Allah sahaja yang tahu apa terbaik untukku.Mungkin belum tiba masanya lagi.InsyaAllah akan ada satu hari nanti.Terima kasih Allah.Aku terima ketentuan ini"
MarsyaAllah,tabahnya hati wanita ini.Dia tetap tidak berputus asa untuk terus berdoa.Dia hanya tahu perkembangan lelaki A itu dari semasa ke semasa melalui kawannya.Walaupun kadang-kadang hati ini terluka.Tetapi wanita A ini mampu tersenyum lagi.InsyaAllah kalau ada jodoh ttidak akan lari kemana.Semoga wanita A mendapat lelaki yang soleh.semoga wanita A itu akan bersatu dengan lelaki A.InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment