- Jika dalam diri ada rasa malas,maka berazamlah menjadi seorang yang rajin
- Jika selama ini mengambil mudah perkara haram,berazamlah mahu meninggalkan yang haram..
- Jika terlalu sedikit mkengamalkan yang sunat,berazamlah memperbanyakkan amalan sunat..
- Jika mempunyai sikap pemarah,berazamlah menghilangkan sifat marah kerana sifat marah menyebabkan orang lain takut untuk mendekati kita..
- Jika cuai dalam tugasan,berazamlah untuk tidak cuai dalam melakukan tugasan..
- Jika mempunyai pelbagai alasan bila ada bisikan yang menyuruh bersedekah,turutilah kata hati yang baik..
- Jika tidak pandai mengambil hati orang,berubahlah sikap menjadi sebaliknya..Dengan pandai mengambil hati orang di sekeliling kita
Wahai Teman,Teguhlah jati dirimu..Jangan jadikan keselesaan hidup hari ini fitnah ke atas dirimu..Ingatlah temanku dunia ini hanya permainan semata-mata.Janganlah terperdaya dengan permainan duniawi..Bangunlah wahai temanku,teruskan perjuangan untuk menegakkan kebenaran

MyNiceProfile.com **DikalaKu Mengharapkan Redha Dan CintaMu** +~ HANYA SATU KALIMAH SATU FIKRAH SATU ARAH SATU CINTA SATU KEHIDUPAN ~+
Thursday, June 30, 2011
~Sekadar Renungan~
~Muhasabah buat Untuk diriku yang sering lupa~
Jauhilah dirimu daripada dosa-dosa kerana ia akan menyebabkan jauhnya dirimu dari Allah
- Peliharalah mata daripada melihat perkara yang haram
- Peliharalah telinga daripada mendengar hal yang haram
- Peliharalah tangan daripada melakukan perkara yang haram
- Pelihara kaki daripada melakukan perkara yang haram
- Peliharalah kemaluanmu daripada melakukan perbuatan yang haram
- Peliharalah lidahmu daripada berkata hal yang ditegah syarak
- Peliharalah akalmu daripada berkhayal tentang perkara yang haram....
Tuesday, June 28, 2011
Surat untuk calon suamiku
Bismillahirrahmanirrahim..
Untuk CALON SUAMI dunia akhiratku!!!
Asssalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..
Untuk CALON SUAMI dunia akhiratku!!!
Asssalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..
Duhai calon pemilik tulang rusukku, aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu.
Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Ku kan berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus.
Duhai calon imam dalam sholatku, aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan siap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum..Insya Allah akan menyempurnakan solat kita.Dengan deru do’amu seiring “aamiin” dari lisanku.
Dalam hening malam air mataku ini tak henti ku titiskan bercahayakan munajat doa.
Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Ku kan berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus.
Duhai calon imam dalam sholatku, aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan siap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum..Insya Allah akan menyempurnakan solat kita.Dengan deru do’amu seiring “aamiin” dari lisanku.
Dalam hening malam air mataku ini tak henti ku titiskan bercahayakan munajat doa.
Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku terpuruk dan jatuh.. lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu.
Duhai calon pengusap air mataku, sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad.
Duhai calon ayah dari para mujahi-mujahidah kita, aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanammkan ilmu agama agar mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.
Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga…
Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…
Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri, agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu..
Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa, engkau tepesona pada apa yang kuucap..
Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang engkau miliki, karena aku takut dapat memudaratkan imanku..
Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…
Aku menunggu lisan ijab darimu..
InsyaAllah,sedia menanti di sini..
Duhai calon pengusap air mataku, sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad.
Duhai calon ayah dari para mujahi-mujahidah kita, aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanammkan ilmu agama agar mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.
Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga…
Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…
Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri, agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu..
Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa, engkau tepesona pada apa yang kuucap..
Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang engkau miliki, karena aku takut dapat memudaratkan imanku..
Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…
Aku menunggu lisan ijab darimu..
InsyaAllah,sedia menanti di sini..
dicopy sekadar untuk berkongsi
Saturday, June 18, 2011
~Untuk Bakal suamiku~
Jika mahu cintaku.Carilah dahulu cinta Allah.Jika mahu rinduku..Rindulah dahulu Allah dan rasulnya dahulu.Jika mahu sayangku.Sayangilah dahulu agamamu lebih dari diriku.Jika sayang diriku.jauhilah aku sebelum masanya..
Jika ikhlas dengan diriku.jauhkan aku dari zina.terutamanya zina hati.Jika cintamu sejati untuk ku.cintailah aku kerana Allah.Jika pilihanmu aku.pilihlah kerana agamaku.bukan yang lain.Jika setiamu padaku.setialah kerana untuk mendapat redha Allah.Jika kau mahu peliharaku.peliharalah aku dari godaan cinta dunia dan nafsu.Yakinlah Andai Allah tentukn aku milikmu.Aku tetap milikmu.Yakinlah Andai Allah tentukn aku bukan milikmu.Itu yang terbaik untumu.Ketahuilah.Diriku juga mncintaimu..suntinglah diriku.dengan caranya dan pada masanya..
Friday, June 3, 2011
~Dugaan yang Mendatang~
Tujuan untuk menulis ini bukan untuk mengeluh dugaan yang diberi tapi untuk berkongsi sahaja..Aku harus bersyukur dengan ujian yang mendatang walaupun kadang-kadang hampir berputus asa..Tak lama lagi aku akan mendaftar di kolej islam dalam jurusan diploma syariah islamiyyah..Memang memerlukan mental yang kuat..sebab aku tak ada asas bahasa arab..aku kena belajar kuat..
Dan dari situ juga aku mendapat tentangan yang hebat dari rakan-rakanku..Mereka cuba mempersoalkan kebolehan aku..sampai bergaduh..dan lepas dari kejadian itu memang masing-masing menyepi diri..aku ada minta maaf tapi tiada sebarang renspons..harap mereka boleh maafkan aku..salah ke aku nak mendalami ilmu agama?..Asalkan aku minat dan berusaha..dan aku percaya Allah sentiasa disisi aku..
selama sebulan sebelum tarikh aku mendaftar memang banyak dugaan melanda..bagai dihempap batu..nafas disekat...Kadang-kadang aku terfikir juga hendak menarik diri dan berputus asa nasib baik ada orang yang sudi bersama aku lagi..memberi aku kata-kata semangat
dan dorongan..
"Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim..Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok"
Mungkin ada hikmah disebalik dugaan yang mendatang..kita sebagai hambaNya harus bersyukur diatas dugaan ini kerana Allah masih menyayangi kita lagi sebagai hambaNya..Indah sungguh dugaan yang diberi..Kadangkala Allah akan menghilangkan mentari dari hidup kita kemudian Allah akan datangkan guruh..Puas kita menangis mencari dimana sinar mentari kita..Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..bersabarlah insan ada kemanisan disebalik kepahitan ini..
Pesanan kepada sahabat-sahabat diluar sana dan diri ini,bersabarlah dalam menghadapi dugaan ini..
Wednesday, May 25, 2011
Warkah Untuk Sahabatku..
Assalaimualaikum wahai sahabatku..
Inginku coretkan luahan hatiku ini untuk dirimu..
Sahabat,hadirmu memberi aku seribu makna.
Mengajar aku erti kehidupan,erti persahabatan dan erti kesusahan..Aku bersyukur Allah hadirkan dirimu dalam hidupku..
Sahabat,dirimu tidak pernah berputus asa untuk menasihatiku...
Engkau sanggup korbankan masa untukku,mendengar segala keluh kesalku..Memberi aku semangat bila aku bangkit kembali..Menyedarkan aku semula tika aku dalam kealpaan..Hadirmu mendekatiku ke jalan kebenaran,jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T..Engkau sentiasa bersabar dengan karenahku..Walaupun aku sering menyakiti hatimu engkau masih tersenyum lagi..
Engkau sanggup korbankan masa untukku,mendengar segala keluh kesalku..Memberi aku semangat bila aku bangkit kembali..Menyedarkan aku semula tika aku dalam kealpaan..Hadirmu mendekatiku ke jalan kebenaran,jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T..Engkau sentiasa bersabar dengan karenahku..Walaupun aku sering menyakiti hatimu engkau masih tersenyum lagi..
Ketika aku menangis dan kesedihan,engkau sentiasa bersamaku..Engkau akan menceriakan kembali semula hidupku ini..mengukir semula senyuman di wajahku..Hatiku tenang bila melihat wajahmu..Ketika aku gembira dan kadang-kadang melupakan dirimu,engkau masih mampu tersenyum..besar sungguh pengorbananmu..
"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah mempersia-siakan sahabat yang telah dicarinya"Saidina Ali
sahabat,engkau sering menasihatiku untuk menghargai orang yang sering menyayangi kita..Dan mengajar aku untuk menerima ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah..KIta tak semestinya bersahabat selama-lamanya sebab kita semua adalah milik Allah..BIla masa Allah akan menariknya..Jadi hargai sahabat kita selagi sahabat kita masih ada..sahabat,aku akan hargai dirimu hingga ajal memisahkan kita..Dan jika aku ada salah maafkan aku sahabat..
Sahabat,inginku katakan engkau memang sahabat terbaikku..Aku bersyukur Allah hadirkan engkau sebagai sahabatku..membimbing aku ke jalan benar,Hadirmu ibarat cahaya yang menerangi hidupku..Terima kasih sahabat..Terima kasih Ya Allah..semoga persahabatan kami akan berkekalan hingga akhir hayat..Dan terima kasih juga kepada kawanku yang telah menitiskan air mataku..Tanpa kawan, aku takkan berjumpa dengan sahabat..
Monday, May 23, 2011
~Cintaku Hanya Untuk Suamiku~
Dulu aku pernah sukakan seseorang..Kalau boleh aku ingin hidup semati dengan dia..Berkasih sayang dengan dia..Memang aku sayang sangat dia..Cinta pertama katakan..Tapi itu dulu..Kini baru aku sedar yang aku tidak boleh sewenang-wenang memberi cintaku kepada orang yang tiada ikatan pernikahan denganku..Aku harus simpan cinta ini hanya untuk kekasih halalku yang diredhai oleh ALLAh iaitu suamiku.Banyak pengajaran yang aku ambil apabila mendengar kisah kawan-kawanku.Tiada apapun yang indah sewaktu bercinta..Yang aku tahu buang masa,buang duit,dan menambahkan banyak berdosa .Masa belajar terbuang untuk main mesej dengan dia,bergayut sahaja.Alhmdulilah dengan kehadiran seseorang sahabatku ini berjaya menyedarkan aku.Dia selalu membimbing aku..dan beli aku sebuah buku yang bertajuk "Pemilik cintaku"ditulis oleh Fatimah Syarha.Buku itu telah menyedarkan aku..Jauh sungguh aku terpesong..
Di dalam surah An-Nur ayat 26 Allah s.wt berfirman maksudnya:
"wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji,dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik,Dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik"
Ayat ini banyak menyedarkan aku..JIka aku ingin lelaki yang baik aku kena berubah menjadi wanita yang baik..Kita harus percaya dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk hambaNYa..Dia takkan mengecewakan hambaNya itu..Kita haruslah berdoa kepadaNya dan bertawakal kepada Allah sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya..
Aku banyak bertanya pada orang yang lebih arif..Pernah juga kawan aku tanya kenapa couple itu haram?Aku tak tahu nak jawab apa-apa..Demi menjawab persoalan ini aku bawa kawanku ini berjumpa dengan ustazah dan ustaz..Couple itu haram sebab boleh mendatangkan perzinaan kepada kita..Zina ini terbahagi kepada beberapa bahagiaan iautu zina hati,zina mata,zina lidah dan zina kemaluan..
Daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"sesungguhnya Allah Taa'la anak adam mengenai zina .Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang.Zina lidah ialah berkata.Zina hati ialah keinginan dan syawat,sedangkan faraj(kemaluan)hanya menuruti atau tidak diikuti".
Bercinta selepas nikah lebih indah dari bercinta sebelum menikah bagi mengelakkan kita dari dosa zina..Kedua-dua pihak boleh bersua kenal dengan lebih rapat tanpa sebarang halangan pun..Ustazah kata kita sebagai orang perempuan haruslah menjaga hijab kita..Berikan cinta kita hanya untuk suami kita sahaja..Jangan biar cinta itu dinodai dosa...Jangan kerana cinta,maruah kita tergadai..Bayi-bayi akibat dari perbuatan mereka yang masih belum ada ikatan sah dibuang disana-sini..Dan yang paling menyayat hati bila bayi tersebut digigit anjing..Begitu sayu..Kenapa anak kecil itu terpaksa menanggung perbuatan dari ibubapa mereka...Mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa lagi..
Aku akan sentiasa mengingati nasihat dari ustazah dan ustaz aku..Berkahwin dapat mengelak diri kita dari terjebak perzinaan..Untuk kaum hawa,jangan mudah memberi cinta kepada kaum adam yang belum menjadi suami kita..Biarlah kita jual mahal asalkan tidak mengadaikan maruah kita..Ingatlah "cinta kita hanya untuk suami kita sahaja"Selagi mereka tidak menjadi suami kita jangan memberi cinta itu sewenang-wenangnya...
sampai disini sahaja yang mampu saya kongsikan..Jika ada salah dan silap harap dimaafi..Saya masih belajar memperbaiki kelemahan diri..sekian..
sampai disini sahaja yang mampu saya kongsikan..Jika ada salah dan silap harap dimaafi..Saya masih belajar memperbaiki kelemahan diri..sekian..
Subscribe to:
Posts (Atom)









