Wahai Teman,Teguhlah jati dirimu..Jangan jadikan keselesaan hidup hari ini fitnah ke atas dirimu..Ingatlah temanku dunia ini hanya permainan semata-mata.Janganlah terperdaya dengan permainan duniawi..Bangunlah wahai temanku,teruskan perjuangan untuk menegakkan kebenaran

MyNiceProfile.com **DikalaKu Mengharapkan Redha Dan CintaMu** +~ HANYA SATU KALIMAH SATU FIKRAH SATU ARAH SATU CINTA SATU KEHIDUPAN ~+
Tuesday, June 19, 2012
UNIC - Kau Kawan, Sahabat dan Teman
Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku
Huuuu....aaaaa.....
(ulang dari mula)
Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama
Lagu ini ana tujukan pada semua sahabat perjuangan ana dan yang teristimewa kepada rakan seperjuangan ana dalam program penghayatan mahasiswa Kuisas..Terutama kepada Akhi Al-Handromi,Ukhti Sakinah,Ukhga Hasanah,Ukhti Balqis,Mawardha,Raja Azmi,Putera Shah,Alha,Imah,Azfarisham..semoga ukhwah ini akan berkekakalan hingga ke akhir hayat..Semoga kita akan bertemu kembali..
Kepada Ukhti Sakinah walaupun kita terpisah jauh antara kuisas dan kuin akak tetap akan adik ingati..Ukhwah diantara kita begitu indah..seronok dikurniakan akk dalam unit kebajikan dan keselamatan
Kepada akhi Al-Handromi,ana doakan akhi berjaya di jordan..dapat sesuaikan diri disana nanti..Terima kasih pada akhi kerana sudi berkongsi pengalaman pada kami semua..Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk akhi..semoga kita dapat bekerjasama lagi..
Sunday, June 17, 2012
Terjalin Sebuah Ukhwah
Knsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)
Alhmdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana selama seminggu ana join program penghayatan mahasiswa ana telah dikurniakan sebuah ukhwah islamiyyah antara sahabat yang selama ini tidak pernah bersua..Pertama kali bertemu dengan mereka, hati ini rasa dipaut untuk berbicara tentang ukhuwah. Entah mengapa, tapi saya yakin itu ialah rencana-Nya sedang saat dan tika itu, saya langsung tidak bersedia dengan point, idea dan buah fikir. Namun, bila memandang wajah-wajah jernih mereka, benar... hati ini sangat dipanggil.ukhuwah fillah al-islamiyyah mengajar kita untuk saling membantu dan menyokong
Sebenarnya ana masih terkejut lagi..ana mengaku selama ini memang susah untuk bekerjasama dengan orang yang tidak dikenali..tapi dengan kehadiran mereka semua ana berasa selesa untuk bekerjasama dengan mereka..Masing2 ada kelebihan sendiri..Alhmdulilah ana dikurniakan sahabat perjuangan yang sefahaman termasuk akhi dan ukhti yang tidak dapat dilupakan..Kehadiran mereka dalam hidup ana memang mendatangkan kesan dalam diri ini..Selama seminggu bekerjasama dengan mereka,memang tak ada masalah langsung..Suka duka kami bersama..susah senang kami tempuhi bersama..Kami umpama sebuah keluarga yang sentiasa memahami antara satu sama lain...kenangan yang tidak dapat dilupakan bila post morterm pada malam hari..
Kami bawa berbincang diantara satu sama lain,..kalau ada masalah,ada yang tidak puas hati kami akan cuba untuk selesaikan...walaupun penat ulang alik ke hospital,merekalah menjadi penawarnya...mereka buat ana tidak berputus asa..tugasan yang diamanahkan kami cuba laksanakan dengan sehabis baik..kami cuba tidak terlalu ikut emosi dalam melakukan tugasan..

Bekerjasama amatlah penting dalam kerja sepasukan ini...sebenarnya ana rindukan mereka semua..senyuman mereka,gelak tawa mereka..banyak yang ana nak kongsikan tapi anak tak sanggup..hati ini terlalu sayu..yang paling sedih saat post morterm terakhir..memang paling sedih..banyak yang nak ana cakapkan pada mereka tapi ana tidak mampu..ana cuba bertahan untuk tidak sedih..tapi ana terpaksa biarkan ia berlalu..ana berharap sangat satu hari nanti ana dapat bekerjasa dengan mereka semula terutama dengan akhi dan ukhti..Tanpa mereka,ana tidak akan dapat pengalaman sebegini..ana asyik teringatkan kenangan bersama..Ana harap mereka semua akan jadi mujahid dan mujahidah yang berjuang kerana islam..Maafkan ana jika ada salah silap..Lirik lagu ini ana ingin tujukan pada sahabat2 ana waktu orietasi hari itu iaitu Mawardha,Akak Sakinah,Akak Hasanah,Akak Balqis,Raja Azmi,Putera Syah,Zaqir,Akhi Handromi,Asfarisyam..ana tidak akan lupa kalian semua
o
Kita ingin segalanya indah
Semurni pantai yang putih bersih
Indahnya bagai tersusun madah
Berseri ukhuwah dipupuk kasih
Semurni pantai yang putih bersih
Indahnya bagai tersusun madah
Berseri ukhuwah dipupuk kasih
Kita rindukan kasih sayang
Untuk hiasi taman hati
Dalam melalui perjalanan suci
Ingin menuju arah Tuhan
Perlu tetap tujuan kita
Baru kehidupan aman berpanjangan
Untuk hiasi taman hati
Dalam melalui perjalanan suci
Ingin menuju arah Tuhan
Perlu tetap tujuan kita
Baru kehidupan aman berpanjangan
Demi perjuangan perlu satu hati
Tetapkan iman di dalam diri
Perintah Allah wajib dipatuhi
Sunnah Rasul perlu dicontohi
Biar keikhlasan kita berbicara
Barulah terhindar sengketa sesama
Tetapkan iman di dalam diri
Perintah Allah wajib dipatuhi
Sunnah Rasul perlu dicontohi
Biar keikhlasan kita berbicara
Barulah terhindar sengketa sesama
Tuesday, December 20, 2011
~Kembali semula kepada Allah~
Assalaimualaikum..Apa khabar iman antum hari ini?
Sudah lama ana tidak update blog ini..Terlalu sibuk dengan pelajaran dan kerja yang ada..Alhmdulilah hari ini diberi kesempatan untuk menulis...dan berkongsi serba sedikit ilmu yang ada dalam diri ana ini..
Hidup sebagai seorang mahasiswi bukan perkara senang yang selama ini ana impinkan..Banyak tanggungjawab yang perlu kita galas..Kadang-kadang kita alpa dan lupa menunaikan janji kita kepada Allah..kadang-kadang kita tidak sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan selama ini..Kita lupa segala-galanya sehingga ujian datang melanda diri kita..Dari situ kita mula sedar kesilapan yang telah kita lakukan..
Ujian yang melanda diri kita mengajar kita untuk kembali semula kepada Allah..Menunaikan janji-janji yang pernah kita mungkiri dahulu..Ujian yang melanda bukan mengajar kita untuk lemah tapi Allah masih menyayangi kita lagi..Allah menyedarkan kita semula kepada fitrah kita yang telah lama kita tinggal selama ini..kita lupa Allah saat kita senang..tapi Allah tidak pernah lupakan kita..
Apabila kita dalam kesedihan kita selalu meluahkannya kepada manusia..Apabila kita susah kita selalu minta pertolongan manusia..Kenapa kita tidak terfikir untuk meluahkan kepada Allah..Allah itu Maha mendengar..Allah merindu rintihan hambaNya..Kembalilah kepada Allah kelak kita akan mendapat rahmatNya..Apabila kita sedih kita luah kepadaNya..Apabila kita susah mintalah pertolonganNya..InsyaAllah,Allah akan memudahkan perjalanan kehidupan kita
Apabila kita dalam kegelisahan Allah akan menenangkan hati kita..Mengadulah kepada Allah...segala pekerjaan yang kita lakukan biarlah berpandukan Allah..biarlah niat kerana Allah..Walaupun susah pekerjaan itu Allah akan menyenangkannya..Begitu juga dengan belajar...Niat kerana Allah..InsyaAllah,Allah akan memudahkan kita dalam menuntut ilmu...Allah adalah segala-galanya..Pulang semula kepada Allah..Mengadulah kepada Allah tetap masalah kita..sediakan masa untuk kita bersendiri dengan Allah..Janganlah sesekali kita ragu dengan Allah..Jadikan Allah sebagai matlamat hidup kita..Mencapai keredhaNya dalam setiap perkara yang telah kita lakukan..dan yakinlah sepenuh hati terhadap Allah..

Monday, November 7, 2011
~Untuk Bakal Teman HidupKu~
Untuk bakal teman hidupku, bacalah...
Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.
Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.
Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.
Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.
Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.
~ILUVISLAM~
Thursday, November 3, 2011
~Duhai Muslimah~
Duhai muslimah,
Jika kau inginkan bibir yang menawan,Ucapkanlah kata-kata penuh hikmah diiringi kesantunan,Kelu bicaramu dari umpatan dan benih permusuhan,Sunyi lidahmu dari perkara yang melalaikan dan merosakkan,Basah lidahmu dalam mengalun kalimah Allah.
Duhai muslimah, Jika kau inginkan sepasang mata yang indah,Basahilah ia dengan titisan mengharap redha Tuhanmu,Peliharalah pandanganmu,Dari liar melihat insan yang tidak halal buatmu,Bukakanlah ia demi ilmu dan keredhaannya,
Duhai muslimah, Jika kau inginkan jasad yang baik,Berkongsilah makanan dengan orang yang lapar dahaga,Gerakkanlah ia untuk menyembah bersujud pada Allah.,Bertanggungjawab demi mengharap redha Yang Maha Kuasa,Berjalanlah dirimu dengan ilmu penuh didada tanpa rasa bangga,Dan Tutupi ia dengan pakaian yang bertepatan dengan agama,
Jika kau inginkan tangan yangdiberkati, Syukurilah setiap nikmat yang diberi, Hulurkanlah pertolongen penuh keikhlasan, Agar diri berbekal amalan, Untuk menuju hidup yang berkekalan,
Duhai muslimah solehah, Sesungguhnya,Kecantikan wanita itu ,Bukan pada pakaian yang dikenakan,Bukan juga pada lenggok tubuh yang sengaja dipamerkan,Bukan juga pada solekan yang mengharap perhatian,Tetapi ianya terletak pada kejernihan wajah dan hatinya,Pada kebijaksanaan dan kecerdasan fikirannya,Kecantikan wanita itu bukan pada rupa parasnya,Tetapi pada cahaya dan keikhlasan yang tergambar darinya,
Kehalusan dan ketulusan yang terpancar dari jiwanya,Taqwa dan iman yang menjadi pakaiannya,Syahadah yang menjadi perhiasannya,Kelembutan dan pendirian yang menjadi perisainya,Membentenginya,Dari godaan nafsu dunia,Kerana dia wanita tulus,Yang mengharap cinta dan kasih dari Tuhannya,Dan hanya insan ‘khair’ yang bijaksana,Celik minda juga hatinya,Mampu menilai dan mentafsirkan,Permata dicelahan kaca yang berkilauan..
Indahnya hnya s'orang wanita itu jika dia sentiasa memelihara dirinya,Ya Allah kurniakanlah daku sifat2 serikandi yg terpuji seperti Aisyah, Rabiatul adawiyah, Asiah yg sentiasa bermujahadah menjalankan ketaatannya sebagai seorang hamba..perbaiki diri dari hari ke hari, penuhkan ilmu di dada kerna ajal dan maut sentiasa menghampiri kita setiap hari cuma sedar atau tidak sedar sahaja..Semoga kita semua dapat menjadi muslimah sejati yang memelihara maruahnya dan agamanya..amin..
~Dipetik dari sebuah blog sahabat ana,ana hanya sekadar berkongsi~
Thursday, October 27, 2011
Wajah Suci- MESTICA
Marilah kita menghayati sebuah lagu yang amat menyentuh dan menyayatkan hati..Anak yang kecil itu tidak berdosa..Bukan si anak untuk meminta dilahirkan secara begini..Diatas kesilapan ibu dan ayahnya,si anak terpaksa menanggungnya..Kasihani si kecil ini..Dia tidak tahu apa-apa lagi dan masih kecil..Si kecil ini tidak berdosa jangan menghukumnya
Sunday, October 23, 2011
~Salah ke untuk berubah~
Ya Allah,salah ke untuk ana berubah..Kenapa perubahan yang ana lakukan selama ini ramai yang tidak menyukainya..Apalah salah ana kepada mereka?
KIta seharusnya berasa seronok sangat jika orang di sekeliling kita berubah ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya..Hendak berubah jadi baik pun salah hendak berubah menjadi salah pun salah..Tak faham dengan perangai manusia ini..
Apabila hendak berubah ramai juga yang mengata bila tak berubah pun ramai juga mengata..Perangai manusia memang ada pelbagai ragam..Kadang2 orang yang rapat dengan kita pun mengata..Astaghfirullah al azim apa nak jadi sekarang ini?
Mungkin orang kadang2 fikir kita berubah disebabkan orang lain..Alhmdulilah kalau macam itu sekurang-kurangnya dia ingin berubah..Kita sebagai orang yang rapat dengan dia,kita patut pimpin mereka supaya mereka beristiqamah dalam melakukan perubahan ini..janganlah mencaci,mengata mereka..Sucikan hati kita daripada bintik kehitam-hitaman..
Manusia pun kadang-kadang pun ada buat salah..ada juga melakukan kesilapan..mana ada manusia yang sermpurna..Marilah kita sama-sama berubah ke arah kebaikan..Mesti indah kalau orang di sekililing kita hidup dalam suasana tarbiyah yang sentiasa mengingtkan kita agar menjaga keperibadian muslim sejati.Bila kita tersesat jalan,ada yang akan memimpin kita ke jalan yang lurus kembali..semoga kita sentiasa Fil amaanillaah(dalam keamanan Allah)
Subscribe to:
Posts (Atom)