Hidup ini sentiasa ada perubahan baik dari segi rohani dan fizikal..Tidak semestinya kita kena kekal begitu sahaja..Hidup ini perlu ada warna warni dan buka hanya satu warna sahaja..
Ya Allah,hambaMu ini banyak berbuat dosa sepanjang perjalanan kehidupannya dalam mencari kebenaran..Aku sentiasa dalam kealpaan,dan terlalu taksub dengan duniawi sehingga banyak melakukan dosa terhadap Mu,Ya Allah...Kini baruku sedar perjalananku ini sentiasa diwarnai dosa-dosa baik sedar ataupun tidak sedar..KIni aku dah bernekad untuk berubah Ya Allah..
Ya Allah,hambaMu ini banyak berbuat dosa sepanjang perjalanan kehidupannya dalam mencari kebenaran..Aku sentiasa dalam kealpaan,dan terlalu taksub dengan duniawi sehingga banyak melakukan dosa terhadap Mu,Ya Allah...Kini baruku sedar perjalananku ini sentiasa diwarnai dosa-dosa baik sedar ataupun tidak sedar..KIni aku dah bernekad untuk berubah Ya Allah..
Izinkan aku berubah Ya Allah..Cekalkan hatiku ini dalam menghadapi dugaan semasa diriku dalam perubahan..Memang tidak dinafikan kawan-kawan aku banyak mpertikaikan perubahan yang aku ingin lakukan..Aku dicaci,dihina dan dikutuk..Kadang-kadang aku hampir berputus asa untuk berubah..Tapi Alhmdulilah dengan izinkan Mu Ya Allah,aku tekad untuk berubah menjadi lebih baik..Aku ingin kehidupanku disinari oleh cahaya hidayahMU Ya Allah bukan cahaya yang menyesatkan aku nanti Ya Allah..Aku mohon padaMu kurniakan aku sahabat sejati yang bisa membimbing aku ke jalan kebenaran..Ke jalan yang diredhai plehMu..Cukuplah kesalahan yang telah aku lakukan selama ini..Aku harap perubahan ini akan kekal selama-lamanya..
Jangan biarkan perubahan ini hanya untuk sementara sahaja..Tabahkanlah hatiku ini untuk berubah Ya Allah..Ya Allah,ampuni dosaku selama ini..Izinkan aku menjadi wanita yang solehah dan beriman kepadaMu..Jadikan aku anak yang solehah yang sentiasa mengembirakan hati ibu bapaku dan tidak menderhaka kepada mereka..Jadikan aku insan yang disenangi oleh masyarakat dan bukan menyusahkan mereka...semoga kawan-kawanku dapat menerima perubahanku ini..dan maafkan aku jika aku da menyakiti hati mereka Ya Allah...Aku ingin terus berkawan dengan mereka..semoga ikatan ini akan berkekalan Ya Allah...Dan jadikan aku hamba yang mencintaiMu lebih dari cinta manusia..Jadikan aku Hamba yang mencintai ilmuMu..Jangan jadikan aku hamba yang suka membuang masa seperti zaman remaja aku dahulu...Jadikan aku hamba yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan bukan menjadi manusia yang berdendam Ya Allah..Buangkanlah segala sifat mazmumah dalam diriku dan kurniakan aku sifat mahmudah Ya Allah...
Kepada sesiapa yang pernah saya buat salah baik disedari ataupun tidak sedari,saya minta maaf sangat-sangat..JIka coretan ini menyakiti hati sesiapa saya minta maaf..Maaf segala-galanya..








