Religious Myspace Comments
MyNiceProfile.com **DikalaKu Mengharapkan Redha Dan CintaMu** +~ HANYA SATU KALIMAH SATU FIKRAH SATU ARAH SATU CINTA SATU KEHIDUPAN ~+ Hello Kitty With Pet Lion

Saturday, September 22, 2012

Bila Lamaran ditolak Part B




Alhamdulilah kita sudah dengar kisah wanita A dengan lelaki A.sekarang kisah si wanita B dengan lelaki B.Wanita B bertemu dengan lelaki B di dalam satu program.sekali pandang hatinya sudah terpaut dengan lelaki B itu.Wanita B itu tidak pandang untuk kali kedua sebab penahan mata lebih bahaya dari penahan racun.Pandangan pertama tidak dikira tetapi pandangan kedua haram.Memang tidak sangka.Dia macam pernah nampak si lelaki B tetapi dia sudah lupa dimana.Hatinya terasa lapang dan tenang.Wanita B ini cuba menjaga pandangannya.Selepas dari kejadian itu dia tidak pernah cuba untuk memandang buat kali kedua walaupun dalan hati memberontak.Bisikan syaitan cuba menghancurkan hatinya.Wanita B ini melawan dan terus berlawan dengan isgtifar..Selepas program itu Wajah lelaki B terpahat dihatinya.Hatinya berdebar-debar.Apabila bertemu hatinya akan berdebar-debar.Adakah ini dinamakan jodoh.Jodoh itu rahsia Allah.

Istikharah dan perbincangan dia lakukan semoga hatinya lapang dalam membuat keputusan.Sedangkan banyak lamaran lelaki yang soleh datang tetapi ada yang tidak menepati cirinya.Dia memberitahu hasratnya pada ummi dan abinya.Abinya memberi renspons baik tetapi ummi macam menentang.Pegangan ummi terhadap kata-kata orang tua dahulu cukup kuat.Abinya suruh dia jumpa pensyarah.Dia jumpa pensyarah.Pada mulanya dia memang malu untuk meluahkan masalah ini kepada pensyarahnya.Tetapi Alhmdulilah mendapat renspons yang positif.Dan pensyarahnya menawarkan diri untuk menjadi orang tengah.Kebetulan lelaki B itu memang rapat dengan suami pensyarahnya.Dia tidak pernah berputus asa dalam berdoa.Tetapi Kisah wanita B ini memang berbeza dengan Wanita A....Selama sebulan baru dia mendapat keputusan lelaki B itu menolak lamarannya.Hatinya sungguh sedih tetapi dia terima dengan hati terbuka.
Lamarannya ditolak dengan baik alasannya lelaki B itu mahu melanjutkan pelajarannya di luar negara.Dia tak nak ada orang teristimewa lagi.Dia tidak bersedia lagi.Walaupun lamarannya ditolak wanita B tetap setia menanti.Hatinya tertutup untuk mana-mana lelaki.Wanita B ini menyibukkan dirinya dengan program kolej dan agama.Rasa tenang.Apabila rindu datang melanda dia terus melawan.Kadang hatinya sedih dan menangis bila mengenangkannya.Sehingga lelaki B itu melanjutkan pelajaran di luar negara dalam jurusan Agama.Wanita B itu tidak menghantar lelaki B itu ke luar negara walaupun pihak kolej sediakan bas untuk menghantar pelajar yang belajar di luar negara.Dia hanya mampu berdoa dan harap Doanya mengiring perjalanan lelaki itu.Selama dua tahun dia menanti kepulangan lelaki B itu.Dia tahu mustahil lamarannya akan diterima semula.Dia tidak pernah berputus asa berdoa.Kalau kita ingin hati manusia kita kenalah minta pada pemilik hati manusia iaitu pada Allah..
Lelaki B itu telah pulang ke Malaysia dan telah ditawarkan kerja menjadi pensyarah di tempat wanita B belajar.Lagi Dua semester wanita B akan habis.Tidak sangka kerana Dia dipertemukan kembali dengan Lelaki B itu.Lelaki B itu mengajar dia..Saat itu hanya Allah sahaja yang tahu hatinya..Pada satu hari,pensyarahnya berjumpa dengannya dan pensyarah tanya adakah hatinya masih terbuka untuk lelaki itu.Wanita itu berterus terang.Dan terkejut apabila pensyarahnya memberitahu lamarannya diterima semula.Lidahnya terkelu tetapi hatinya gembira.Dia terus sujud syukur.Tidak sangka penantian dia selama ini akhirnya terjawab.Walaupun lamaran pada mulanya dia ditolak akhirnya dengan berkat kesabaran dan doa,lamarannya diterima kembali.
akhirnya wanita B dan lelaki B itu disatukan dengan ikatan yang sah dan hidup bahagia..

Pesanan:Tidak semestinya penantian itu adalah penyeksaan..Sebenarnya penantian itu adalah ujian dari Allah.Allah itu maha Adil.Kalau kita mahu hati manusia mintalah pada Allah..Wanita yang menawarkan diri untuk berkahwin lebih mulia daripada menawarkan diri untuk bercinta.Banyakkan bersabar dalam penantian ini.:)

2 comments:

  1. Bismillahirrahmanirrahim. Subhanallah, sungguh menarik akan sebuah jalan cerita kehidupan seorang muslimah yang ikhlas dan sabar dalam penantian teman hidupnya. Penantiannya itu diiringi dengan banyaknya berdo'a kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala Pemilik hati-hati manusia. :)

    ReplyDelete
  2. :-) terharu dengan cerita ini.. terima kasih.. Allah itu Maha mengetahui apa yg terbaik buat kita

    ReplyDelete