Seandainya kita dicipta untuk bersatu,
Pasti suatu ketika kita akan dipertemukan semula,
Seandainya kita tidak dicipta untuk bersatu,
Walau dekat selalu kau takkan menjadi milikku.
Aku tidak pandai bermadah seperti dirimu,
Namunku ingin dirimu tahu kau sentiasa dihatiku,
Kehadiranmu membawa seribu erti kepada hidupku dan keluargaku,
Tapi apa dayaku,dirinya adalah pilihanmu dan bukanlah diriku,
Ku akan sentiasa doakan dikau bahagia bersama si dia..
Cintaku padamu bukan kerana paras rupa,
Sayangku padamu bukan kerana harta,
Kasihku padamu bukan kerana hendak berdusta
Cintaku padamu kerana agamamu,
Sayangku padamu kerana akhlakmu,
Dan kasihku padamu kerana kejujuranmu..
Diriku cuba memcintaimu kerana Allah
Dan bukan kerana nafsu,
Cintaku padamu biarlah diredhai oleh Allah
Bukan dikotori dengan maksiat,
Keranaku yakin cinta yang diredhai pasti berkekalan,
Berbanding cinta yang dikotori dengan maksiat
No comments:
Post a Comment