Seandainya kita dicipta untuk bersatu,
Pasti suatu ketika kita akan dipertemukan semula,
Seandainya kita tidak dicipta untuk bersatu,
Walau dekat selalu kau takkan menjadi milikku.
Aku tidak pandai bermadah seperti dirimu,
Namunku ingin dirimu tahu kau sentiasa dihatiku,
Kehadiranmu membawa seribu erti kepada hidupku dan keluargaku,
Tapi apa dayaku,dirinya adalah pilihanmu dan bukanlah diriku,
Ku akan sentiasa doakan dikau bahagia bersama si dia..
Cintaku padamu bukan kerana paras rupa,
Sayangku padamu bukan kerana harta,
Kasihku padamu bukan kerana hendak berdusta
Cintaku padamu kerana agamamu,
Sayangku padamu kerana akhlakmu,
Dan kasihku padamu kerana kejujuranmu..
Diriku cuba memcintaimu kerana Allah
Dan bukan kerana nafsu,
Cintaku padamu biarlah diredhai oleh Allah
Bukan dikotori dengan maksiat,
Keranaku yakin cinta yang diredhai pasti berkekalan,
Berbanding cinta yang dikotori dengan maksiat
Wahai Teman,Teguhlah jati dirimu..Jangan jadikan keselesaan hidup hari ini fitnah ke atas dirimu..Ingatlah temanku dunia ini hanya permainan semata-mata.Janganlah terperdaya dengan permainan duniawi..Bangunlah wahai temanku,teruskan perjuangan untuk menegakkan kebenaran
MyNiceProfile.com **DikalaKu Mengharapkan Redha Dan CintaMu** +~ HANYA SATU KALIMAH SATU FIKRAH SATU ARAH SATU CINTA SATU KEHIDUPAN ~+
Sunday, January 30, 2011
Saturday, January 29, 2011
Ketulusan Hati
Sedihku,sakitku,ku terima,
Ku rela ku pasrah jalanku,
Ini suratan aku dicoba,
Demi rahmatmu ku memohon..
Ya Allah,redha ketulusan hatiku,
Ya Allah,berilah aku ketabahan,
Ya Allah,aku sanggup berkorban,
Demi rahmatmu Ya Allah..
Di dunia yang sarat dugaan,
Ku mohon dosaku ampunkan,
Ingin bahagia dunia akhirat
Turunkan rahmatMu untukku
Monday, January 10, 2011
Mutiara Kata
*Apabila manusia gagal mencintai Allah,maka cinta sejatinya tidak akan ditemuinya *
~Orang yang terlalu berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaan sendiri~
*Cinta adalah anugerah Allah,mereka yang menerima dan mengalaminya
tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta dengan seseorang*
*Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta yang sebenar melainkan ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tapi buka hati kita*

Tuesday, January 4, 2011
Sahabat
Sahabat,
antara persahabatn dan keegoan,
akanku pilih persahabatan,
Persahabatan itu begitu indah dari keegoan,
Keegoan akan menghancurkan persahabatan kita,
Lunturkan keegoan kita demi sebuah persahabatan yang murni.
Hadirmu memberi aku seribu erti

Subscribe to:
Posts (Atom)